Bersatu ramal PRU-16 diadakan tahun depan, buat persiapan awal

September 2, 2025 · Politik

Parti Bersatu meramalka Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) berkemungkinan besar akan diadakan pada tahun hadapan berdasarkan beberapa petunjuk politik semasa, termasuk tempoh penggal pemerintahan negeri-negeri yang akan tamat tidak lama lagi.

Setiausaha Agungnya, Mohamed Azmin Ali berkata Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti pada hujung minggu ini akan memberi tumpuan khusus kepada agenda persiapan menghadapi PRU-16.

“Dalam perbincangan kami, banyak faktor menyumbang kepada andaian bahawa kerajaan semasa memerlukan mandat baru.

“Justeru, kami menjangkakan PRU-16 akan diadakan tahun depan bersama-sama dengan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Beliau menekankan kali ini akan menjadi platform penting untuk Bersatu menilai prestasi semasa, meningkatkan latihan jentera pilihan raya di semua peringkat, dan mengukuhkan kerjasama strategik dengan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN).

Selain PRN Sabah dan Sarawak yang dijadualkan pada akhir tahun ini dan awal tahun depan, penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dijangka berakhir pada akhir 2026, manakala DUN Johor akan tamat penggal pada awal 2027.

Azmin turut berkata bahawa isu-isu seperti kenaikan kos sara hidup, prestasi ekonomi termasuk perdagangan dan pelaburan, serta kesan pelaksanaan tarif import oleh Amerika Syarikat (AS) menjadi pemangkin kepada keperluan kerajaan sekarang untuk mendapatkan mandat baru yang lebih stabil.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Amanah masih buka ruang kerjasama, tunggu ‘jodoh’ politik
October 4, 2026· Politik
Razali tegaskan masih ahli Bersatu
October 3, 2026· Politik
PRN Melaka: Norhizam ‘juara tembak babi’ sedia kembali bertanding
October 3, 2026· Politik
UMNO sedia bincang PAS guna logo BN di Melaka: Khaled Nordin
October 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
8 jam lalu · Politik
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
8 jam lalu · Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
9 jam lalu · Politik
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
9 jam lalu · Politik
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok