Bersatu sudah pecat Hamzah, tapi Takiyuddin kata masih kekal Ketua Pembangkang

February 26, 2026 · Politik

Kedudukan Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang kekal buat masa ini walaupun beliau sebelum ini dipecat daripada Bersatu.

Perkara itu disahkan Ketua Whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan, selepas pertemuannya dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, di Parlimen pagi tadi.

Menurut Takiyuddin, tiada sebarang notifikasi rasmi diterima daripada mana-mana Ahli Parlimen pembangkang berhubung perubahan jawatan tersebut.

“Saya jumpa Speaker jam 11 pagi tadi dan kita rujuk kepada kenyataan beliau. Setakat ini, Hamzah masih Ketua Pembangkang dan kedudukannya tidak berubah,” katanya dipetik laporan media.

Beliau menegaskan, bukan sahaja jawatan Ketua Pembangkang kekal, malah susunan tempat duduk Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat juga tidak mengalami sebarang perubahan.

“Tak ada apa-apa notifikasi daripada kumpulan pembangkang untuk buat perubahan. Perubahan kerusi pun tidak ada,” jelasnya.

Isu ini tercetus selepas PAS sebelum ini memaklumkan akan menamakan calon daripada parti itu sebagai Ketua Pembangkang baharu susulan pemecatan Hamzah daripada Bersatu.

Notis pemecatan yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu menyatakan tindakan itu dibuat atas alasan melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti.

Takiyuddin turut menjelaskan tempoh sidang Dewan Rakyat yang berbaki dua hari tidak memberi ruang untuk sebarang perubahan segera.

“Kita ada dua hari lagi sidang. Jadi setakat ini kita tak fikir nak buat apa-apa perubahan. Kalau ada perbincangan lanjut, mungkin pada masa yang lebih sesuai,” katanya.

Berita berkaitan
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
4 jam lalu· Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
April 16, 2026· Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
April 16, 2026· Politik
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
April 15, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026 · Politik
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
April 18, 2026 · Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
4 jam lalu · Politik
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
4 jam lalu · Politik
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok