Ketua Penerangan Parti Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.
Parti Bersatu akan meneruskan proses aduan berhubung dakwaan kewujudan akuan bersumpah (SD) untuk menjatuhkan Presidennya, Muhyiddin Yassin.
Ketegasan ini dinyatakan oleh Ketua Penerangannya, Tun Faisal Ismail Aziz, meskipun timbul khabar angin mengatakan laporan tersebut telah ditarik balik.
Tun Faisal menegaskan siasatan penuh isu itu kini terletak di bawah bidang kuasa lembaga disiplin parti yang bebas dan menafikan sebarang tarikan balik laporan yang dibuat.
“Setakat ini, saya tidak ada tarik sebarang laporan. Lembaga disiplin ini badan bebas.
“Lembaga disiplin bebas untuk panggil prosiding, siasat dan nilaikan bukti dan kenyataan-kenyataan daripada saksi dan OKT berdasarkan kesesuaian lembaga disiplin,” katanya dipetik laporan media.
Menurut Tun Faisal, beliau kekal dengan laporan asal dan menyerahkan sepenuhnya proses tersebut kepada badan tatatertib parti untuk dijalankan mengikut peruntukan perlembagaan.
Perkara 23.5 Perlembagaan Bersatu memperuntukkan bahawa aduan bertulis mengenai salah laku ahli mesti dirujuk kepada Lembaga Disiplin untuk siasatan.
Lembaga itu mempunyai kuasa untuk mengenakan pelbagai hukuman, termasuk amaran, gantung jawatan, atau pemecatan.
Mana-mana keputusan yang dibuat hendaklah dimaklumkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.
Isu ini mendapat perhatian apabila Ahli MPT Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, pada 25 September lepas mengesahkan adanya usaha mengumpul SD daripada ketua-ketua bahagian.
Bagaimanapun, beliau mendakwa niat sebenar usaha itu telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu.
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
Najib tahu akaun sendiri, guna untuk tulis cek: Saksi
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen