Naim Kurniawan, anak kepada Allahyarham Bung Moktar Radin.
Anak kepada Allahyarham Bung Moktar Radin, Naim Kurniawan Moktar, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.
Pengumuman itu dikongsikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ahmad Maslan, menerusi hantaran di Facebook malam tadi, susulan majlis makan malam BN yang diadakan di sebuah hotel di Kota Kinabalu.
“Calon BN untuk Parlimen Kinabatangan telah diumumkan oleh Pengerusi BN pada majlis makan malam tersebut iaitu Naim Kurniawan Moktar. Diyakini beliau diterima baik oleh rakyat di sana,” katanya.
Naim Kurniawan berkata beliau menerima amanah dan kepercayaan yang diberikan kepimpinan UMNO dan BN untuk meneruskan legasi parti di Parlimen Kinabatangan.
“Saya menerima amanah ini dengan hati terbuka walaupun saya sedar tanggungjawab ini bukan mudah kerana Parlimen Kinabatangan adalah antara kawasan terbesar, seluas negeri Pahang,” katanya dipetik laporan Bernama.
Beliau turut menegaskan komitmennya untuk memastikan kepentingan rakyat terus dibela sekiranya diberi mandat oleh pengundi.
“Saya bersedia menggalas amanah ini sebaik mungkin agar suara rakyat Kinabatangan terus didengari dan dibawa ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Menurut Naim Kurniawan, sokongan daripada pimpinan UMNO serta ahli akar umbi setakat ini amat memberangsangkan dan memberi keyakinan kepadanya untuk mempertahankan kerusi berkenaan.
Kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag menjadi kosong susulan kematian Bung Moktar, yang juga Pengerusi BN Sabah, pada 5 Dis lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari 2026, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 10 dan 20 Januari.
Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang berlangsung pada 29 November lalu, Bung Moktar berjaya mempertahankan kerusi DUN Lamag.
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan