MIC sebelum ini membawa usul untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).
Barisan Nasional (BN) mengesahkan tiada pertemuan rasmi diadakan dengan Presiden MIC, S. A. Vigneswaran, bagi membincangkan kemungkinan parti itu menyertai atau bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) setakat ini.
Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir berkata BN sentiasa mengamalkan pendekatan musyawarah dan perbincangan bersama dalam menangani sebarang isu antara parti komponen.
“Ya, setakat ini belum lagi (membuat pertemuan) dengan Vigneswaran,” jelasnya dipetik laporan media.
Beliau menjelaskan tradisi BN adalah untuk sentiasa menyemarakkan prinsip kebersamaan dan mencapai kata sepakat sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.
Zambry menegaskan dalam mana-mana situasi politik, pastinya akan wujud perbezaan pandangan, namun BN mempunyai cara tersendiri untuk menanganinya.
“Tetapi untuk membuat sesuatu keputusan penting, biasanya kita dalam semangat BN, tidak mengambil keputusan hanya berdasarkan kepada sesuatu pandangan semata-mata.
“Kita akan duduk bersama dan sekiranya ada permasalahan, kita akan bincang bersama, itu cara BN,” katanya.
Tambah beliau, pendekatan BN yang lebih mementingkan diplomasi tertutup berbanding perbahasan awam turut menjadi teras. dan tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah atau menyerang mana-mana pihak.
“Sebab itu pendekatan kita tidak menggunakan platform media ataupun media sosial untuk kita berperang di antara satu sama lain.
“Saya sendiri tidak mengambil ruang bercakap di hadapan orang awam untuk menyatakan pendirian saya ataupun pendirian BN,” jelas Zambry.
Laporan media sebelum ini memaklumkan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Vigneswaran tidak lama lagi bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai perkara tersebut.
URA ditarik balik lagi, Kor Ming digesa ambil tanggungjawab: Lian Ker
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
PN bakal muktamad pindaan perlembagaan minggu depan: Muhyiddin
Bos Mydin bidas Ahli Parlimen DAP: “Lu Siapa?”
PAS sudah ada calon Pengerusi PN: Hadi
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong