Fahmi Fadzil menghadiri program Pemukiman Komuniti Madani Semenanjung 2025 di Muar malam tadi.
Satu-satunya cara untuk menukar Perdana Menteri adalah menerusi usul undi tidak percaya dan bukan menerusi perhimpunan di jalanan, kata Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi itu berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri sudah meminta kepada pembangkang untuk membawa usul undi tidak percaya tetapi sampai sekarang mereka masih tidak melakukannya di Parlimen kerana mungkin tidak mempunyai cukup jumlah sokongan.
“Anwar Ibrahim masih lagi Perdana Menteri kerana kalau nak jatuhkan seorang Perdana Menteri, caranya paling mudah ialah bawa usul tidak percaya di Parlimen.
“Perdana Menteri dah sebut dari awal, malah sebelum mula Sidang Parlimen pada 21 Julai lalu, bawalah usul undi tak percaya tu, (tetapi) sampai hari ini, selepas satu minggu, tak ada seorang pun yang berani (bawa usul).
“Mungkin tak cukup jumlah (sebab itu) dia tak nak buat (usul) dan cara kedua (nak turunkan Perdana Menteri) melalui pilihan raya,” katanya.
Fahmi malam tadi menghadiri program Pemukiman Komuniti Madani Semenanjung 2025 sempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Stadium Mini Bistari, Muar.
Himpunan anjuran pembangkang Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam berlangsung tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Polis menganggarkan seramai 18,000 peserta hadir pada perhimpunan berkenaan.
Susulan penganjuran perhimpunan berkenaan, Fahmi turut menasihatkan semua pihak supaya tidak mengulangi episod Langkah Sheraton yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dalam waktu singkat.
“Keadaan itu tidak baik untuk kestabilan ekonomi dan keyakinan pelabur luar,” katanya.
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
Kebebasan bersuara ada had, jangan sampai timbul kegusaran: Fahmi
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen