Cadangan Nurul Izzah ganti MB Selangor bukan keputusan akhir: Amirudin

November 24, 2025 · Politik

Cadangan untuk mencalonkan Timbalan Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar, sebagai Menteri Besar Selangor hanyalah satu pilihan alternatif dan belum muktamad.

Perkara itu dijelaskan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, yang berkataa sebarang pelantikan akhirnya tertakluk kepada perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ujarnya, cadangan tersebut bukanlah sesuatu yang tetap, malah kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang sedia ada juga layak dipertimbangkan untuk jawatan berkenaan.

“Ini hanya cadangan saya. Kalau diterima, Alhamdulillah. Kalau tidak, kita cari alternatif lain. Tiada masalah,” katanya dipetik laporan media selepas Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif Selangor 2025–2035 hari ini.

Beliau menjelaskan cadangan itu sebenarnya untuk penggal akan datang, dan bukannya untuk situasi semasa.

“Sebenarnya cadangan itu untuk penggal akan datang, tetapi ramai orang tengok tajuk sahaja dah terus melompat. Saya pun tak faham,” ujarnya.

Mengenai perancangan masa depan, Amirudin menegaskan bahawa sebarang perubahan perlu dilakukan secara terancang dan bukan secara tergesa-gesa.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa fokus utama kerajaan negeri buat masa ini adalah untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Saya antara yang sudah hampir menakatkan dua penggal dan menghormati dasar itu walaupun tidak dituliskan. Mungkin ada cabaran baharu ataupun peluang baharu di peringkat yang lain,” jelasnya.

“Tapi itu rezeki masing-masing kerana masa depan memerlukan perancangan jika mahu buat perubahan. Namun syaratnya kena menang pilihan raya dahulu,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, dalam satu program audio, Amirudin mendedahkan cadangan tersebut pernah disuarakan kepada Nurul Izzah dan terpulang kepadanya untuk menerima atau tidak.

Berita berkaitan
PH tunggu keputusan UMNO-BN, Amiruddin sudah hubungi Rauf bincang kerjasama
August 29, 2026· Politik
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
August 25, 2026· Politik
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
August 22, 2026· Politik
AMK Selangor: PAS jangan sekadar cakap besar mahu tumbangkan PH
August 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
10 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
14 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
14 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
16 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok