Calon DAP mohon maaf, sedia bayar saman tak pakai topi keledar

July 10, 2026 · Politik

Calon DAP bagi kerusi Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali memohon maaf selepas gambarnya membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar ketika hari penamaan calon tular di media sosial.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP itu mengakui individu dalam gambar berkenaan ialah dirinya dan bersedia menerima tindakan pihak berkuasa atas kesalahan dilakukan.

“Itu saya. Saya mohon maaf kerana menaiki motosikal tanpa topi keledar pada pagi penamaan calon di pekan Paloh. Saya akan bayar saman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sheikh Umar mempertahankan kerusi Paloh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, selepas kawasan itu menjadi antara tumpuan kempen parti-parti bertanding menjelang hari pengundian.

Susulan isu itu, Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching turut memohon maaf atas kegagalan calon parti itu mematuhi peraturan jalan raya.

Beliau menegaskan DAP menyokong tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan, tanpa mengambil kira latar belakang atau kecenderungan politik.

“Kami menyokong penuh tindakan JPJ ke atas mana-mana pihak yang ingkar arahan, tanpa mengira kecenderungan politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Nie Ching turut mengingatkan semua calon, petugas kempen, penyokong dan sukarelawan supaya mengutamakan keselamatan ketika menjalankan aktiviti pilihan raya.

Menurutnya, suasana kempen yang rancak tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan undang-undang serta keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Isu pemakaian topi keledar ketika kempen menjadi perhatian selepas Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, dilaporkan menegur jentera pilihan raya Pakatan Harapan dan DAP yang dikesan melakukan pelanggaran undang-undang jalan raya.

Loke, yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata beliau tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk ahli parti sendiri jika melakukan kesalahan.

Beliau turut mengarahkan JPJ mengeluarkan kompaun segera terhadap individu yang melanggar peraturan, termasuk tidak memakai topi keledar ketika menunggang atau membonceng motosikal.

“Peraturan jalan raya mesti dipatuhi oleh semua pihak tanpa mengira ideologi politik dan status,” katanya.

Berita berkaitan
‘Penguatkuasaan undang-undang bukan serangan terhadap UMNO’ – Sheikh Umar
September 11, 2026· Politik
Syahredzan gesa siasat dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan
September 9, 2026· Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
September 4, 2026· Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
September 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
4 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
4 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
4 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
15 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok