CAP: Skandal Tabung Haji perlu disiasat hingga ke akar

August 17, 2026 · Isu semasa

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa siasatan menyeluruh terhadap skandal Lembaga Tabung Haji (TH), mendakwa isu berkenaan bukan sekadar kelemahan pengurusan atau kesilapan pelaburan, sebaliknya membabitkan dakwaan pecah amanah secara terancang.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata pembentangan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH mendedahkan persoalan serius mengenai pengurusan kewangan institusi itu, termasuk dakwaan amalan perakaunan kreatif, pembayaran dividen dan urus niaga berisiko tinggi.

Menurutnya, beberapa transaksi yang menjadi perhatian termasuk pembelian tanah berkaitan 1MDB serta transaksi Al-Rawda perlu diteliti dari sudut kemungkinan wujudnya rangkaian individu yang merancang, melaksanakan atau melindungi urus niaga terbabit.

“Kita tidak seharusnya bertanya apa yang sudah dicuri, tetapi perlu bertanya siapa yang membina, mengendalikan dan melindungi jaringan hingga membolehkan semua ini berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohideen berkata, kerugian sekitar RM13 bilion yang dilaporkan sebelum ini tidak wajar hanya dikaitkan dengan beberapa individu kerana persoalan lebih besar menyentuh sistem pengawasan dan tadbir urus TH pada ketika itu.

Beliau turut mendakwa wujud kelompok elit berpengaruh yang mendapat manfaat daripada jaringan kepentingan politik dan perniagaan, malah menyifatkannya sebagai “Kelas Epstein Malaysia”.

“Bagaimana perbuatan tamak yang begitu berani dan keji boleh berlaku dalam sebuah institusi agama dengan seluruh jentera pengawasan menutup sebelah mata? Ia tidak mungkin berlaku tanpa pembabitan atau kecuaian mereka,” katanya.

Mohideen turut mempersoalkan peranan pihak berkaitan termasuk pengawal selia, pegawai kerajaan, pakar undang-undang, akauntan dan pihak lain yang terbabit dalam proses kelulusan serta struktur transaksi.

Katanya, kegagalan mengesan atau mengambil tindakan terhadap urus niaga berisiko telah memberi kesan kepada simpanan rakyat yang dikumpulkan bagi tujuan menunaikan ibadah haji.

“Parlimen mesti bersatu mengecam pihak yang memungkinkan kegagalan institusi ini dan gagal melaksanakan tanggungjawab fidusiari mereka,” katanya.

Sehubungan itu, CAP menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara meneliti semua pihak yang mungkin mempunyai kaitan dengan transaksi dipersoalkan.

Mohideen berkata, tindakan tidak sepatutnya terhenti dengan menjadikan beberapa individu sebagai kambing hitam, sebaliknya setiap pihak yang terbabit perlu dikenal pasti berdasarkan bukti dan dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang.

Berita berkaitan
Loke cadang segera panggil mesyuarat Presiden PH bincang kedudukan BN
September 14, 2026· Politik
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
2 jam lalu· Isu semasa
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
17 jam lalu· Isu semasa
Anwar mahu BRICS lindungi kepentingan negara membangun
24 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
2 jam lalu · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
2 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
5 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
PMX temui Mufti Besar India, fokus usaha perkukuh keharmonian agama
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok