Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.
Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini daripada pertuduhan membuat kenyataan fitnah yang didakwa boleh merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.
Hakim Norma Ismail membuat keputusan tersebut setelah memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Chegubard pada akhir kes pendakwaan dan beliau tidak perlu mempertahankan dirinya di dalam kandang saksi.
“Sehubungan itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri,” jelas Hakim Norma ketika menyampaikan keputusannya.
Peguam belanya, Rafique Rashid Ali, menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan untuk keadilan.
“Keputusan hari ini membuktikan kedaulatan undang-undang dan sistem keadilan kita berfungsi dengan telus. Pihak kami berterima kasih atas keputusan yang adil ini,” ujarnya dipetik laporan media.
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah pada 11 Julai tahun lalu atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di Istana Negara pada 22 Januari tahun yang sama.
Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil seramai empat saksi yang terdiri daripada pengadu dari Istana Negara, dua saksi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), serta pegawai penyiasat.
Namun, keterangan mereka didapati tidak cukup kukuh untuk meneruskan kes ke peringkat pembelaan. Dengan keputusan ini, Badrul Hisham kini bebas sepenuhnya daripada kes berkenaan.
Kerjasama UMNO dengan DAP dalam kerajaan bersyarat: Mat Hasan
Hubungan dengan PAS paling mengecewakan berbanding dengan DAP: UMNO Terengganu
UMNO buka pintu kepada kepada bekas ahli, permohonan KJ belum diterima: Asyraf
UMNO tangguh pemilihan parti sehingga PRU-16
Tuan Ibrahim sangkal ramalan menantu Hadi dakwa PAS akan tumbang
[VIDEO] UMNO tak gadai prinsip walaupun bersama Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] Zahid ucap tahniah kepada PMX berjaya stabilkan ekonomi dan politik negara