Cubaan bawa ganja RM8.3 juta ke England digagalkan: Suhaily

November 6, 2025 · Isu semasa

Impian empat warga tempatan untuk melancong ke Manchester, England, bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka ditahan kerana disyaki menjadi keldai dadah.

Kesemua mereka yang terdiri daripada dua pasangan kekasih itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada Isnin lalu.

Menurut Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlangungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain, keempat-empat suspek yang berusia lingkungan 20-an itu ditahan bersama 68 bungkus dadah jenis kanabis (ganja).

Dadah berkenaan disembunyikan dalam empat beg dengan jumlah berat 86 kilogram dan dianggarkan bernilai RM8.3 juta.

Tindakan pantas pihak pengawal sempadan berjaya menggagalkan cubaan membawa dadah itu keluar dari negara ini.

“Imbasan ke atas bagasi itu mengesan dadah jenis kanabis. Susulan itu, pasangan berkenaan serta satu lagi pasangan yang turut mendaftar masuk sebelumnya ditahan,” jelas Mohd Shuhaily dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Difahamkan, mereka menaiki bas dari Johor ke Pulau Pinang sebelum ke LTAPP untuk menaiki penerbangan ke destinasi impian.

Siasatan mendedahkan mereka diperdaya dengan tawaran kerja mudah melalui media sosial.

“Berdasarkan siasatan awal, semua suspek mengaku menerima tawaran kerja menerusi aplikasi TikTok yang menawarkan upah lumayan antara RM8,000 hingga RM11,000 bagi membawa barangan,” kongsi beliau.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dengan tawaran pekerjaan yang dilihat tidak munasabah.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja dalam talian dan sentiasa berwaspada dengan individu tidak dikenali,” tegasnya.

Kesemua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah telah diserahkan kepada Bahagian Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Berita berkaitan
Kes dadah: Diiringi pengawal peribadi, pelakon drama polis hadir di mahkamah
July 10, 2026· Isu semasa
Rakyat Malaysia ditahan di Macau bawa heroin RM2 juta: Laporan
July 6, 2026· Isu semasa
Ancaman dadah sintetik kian meruncing, fentanyl juga dikesan dalam vape
June 23, 2026· Isu semasa
Polis gagalkan cubaan seludup dadah RM57 juta di Muar
June 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
3 jam lalu · Isu semasa
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
7 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
10 jam lalu · Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
12 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok