Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK

September 7, 2026 · Politik

Jika benar kuasa asing pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, mengapa Presiden PAS tidak terus melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa ketika tawaran berkenaan didakwa dibuat?

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Muhammad Kamil Munim menempelak kenyataan Presiden PAS mengenai dakwaan kuasa asing pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Persoalan itu dibangkitkan susulan tindakan membuat laporan polis berhubung dakwaan campur tangan asing dalam politik negara yang disifatkan bukan isu kecil kerana menyentuh aspek keselamatan dan kedaulatan Malaysia.

“Kenapa anda pula melatah bila laporan dibuat?

“Presiden PAS sendiri membuat dakwaan bahawa sebuah kuasa asing pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Itu bukan dakwaan kecil. Ia menyentuh soal keselamatan, kedaulatan dan campur tangan asing dalam urusan politik negara di mana tawaran itu dibuat kepada beliau!

“Mengapa perkara sebesar ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa dan didedahkan ketika itu?” katanya.

Menurutnya, tindakan membuat laporan polis tidak sepatutnya dipersoalkan kerana dakwaan berkaitan campur tangan asing wajar diberikan perhatian dan disiasat pihak berkuasa.

“Apa yang pelik jika laporan polis dibuat? Apakah kenyataan presiden PAS langsung tidak boleh dipertikai, dipersoal atau disiasat oleh mana-mana pihak?” katanya.

Beliau turut menyifatkan Ahli Parlimen sepatutnya menjadi antara pihak yang mahu kebenaran berhubung dakwaan itu dibongkar, bukannya mempertikaikan pihak yang tampil membuat laporan polis.

“Sebagai ahli parlimen sepatutnya menjadi antara orang pertama yang mahu kebenaran dakwaan mengenai campur tangan asing ini dibongkar, bukan mengalih persoalan kepada siapa yang membuat laporan polis,” katanya.

Dalam masa sama, beliau mempersoalkan sama ada tuntutan supaya dakwaan berkenaan disiasat boleh dianggap sebagai tindakan melatah, sedangkan isu itu berkait rapat dengan kepentingan serta kedaulatan negara.

“Apakah menuntut siasatan untuk mempertahankan kedaulatan negara dianggap melatah? Apakah kepentingan PAS mengatasi kepentingan mempertahankan kedaulatan Malaysia?” soalnya.

Dakwaan mengenai tawaran bantuan daripada kuasa asing untuk menjatuhkan kerajaan sebelum ini mencetuskan perhatian kerana ia menyentuh kemungkinan campur tangan pihak luar dalam urusan politik Malaysia.

Justeru, laporan polis dilihat sebagai ruang untuk pihak berkuasa menentukan kesahihan dakwaan tersebut serta mendapatkan penjelasan berhubung keadaan sebenar yang berlaku.

Berita berkaitan
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
2 jam lalu· Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
9 jam lalu· Politik
AMK: Pengampunan tidak padam rekod 1MDB yang pernah disakau Najib
September 18, 2026· Politik
PAS mahu PRN SG4 serentak dengan PRU-16, tolak cadangan UMNO: Hadi
September 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
2 jam lalu · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
2 jam lalu · Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
2 jam lalu · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
2 jam lalu · Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok