DAP sokong cadangan bubar DUN Negeri Sembilan

3 jam lalu · Politik

DAP bersetuju dengan cadangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut politik yang tercetus susulan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, pembubaran DUN dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengembalikan mandat kepada rakyat sekali gus menentukan siapa yang layak mentadbir negeri itu.

“Sekarang ini rakyat perlu buat keputusan sendiri siapa yang mereka mahu bentuk kerajaan negeri. Bila sokongan sudah ditarik balik, sudah tentu sukar untuk ada keyakinan dalam kerajaan sedia ada,” katanya selepas menghadiri majlis meraikan pelajar cemerlang SPM Parlimen Seremban pada Ahad.

Menurut beliau, situasi semasa menyebabkan sukar untuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan terus berfungsi dengan stabil apabila kepercayaan antara parti dalam gabungan berkenaan sudah terjejas.

Kenyataan itu dibuat selepas Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan atau Tok Mat mencadangkan DUN Negeri Sembilan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) baharu.

Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, walaupun UMNO-BN masih menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, keadaan politik ketika ini tetap berisiko kerana kerajaan negeri boleh dijatuhkan ketika sidang DUN atau melalui penolakan bajet negeri.

“Kita tidak mahu ambil risiko kerajaan digulingkan dalam sidang DUN nanti kerana apa-apa boleh berlaku,” katanya.

Beliau turut mendedahkan cadangan pembubaran DUN itu telah disampaikan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru minggu lalu.

Bagaimanapun, keputusan akhir masih bergantung kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun selepas mendapatkan pandangan pimpinan tertinggi PH.

Krisis politik di Negeri Sembilan tercetus ketika hubungan antara PH dan UMNO-BN semakin tegang menjelang kemungkinan pilihan raya negeri di Johor pada masa terdekat.

DAP juga memberi bayangan Negeri Sembilan mungkin mengadakan pilihan raya serentak dengan Johor dan Melaka bagi menjimatkan kos.

Berita berkaitan
MB Perlis tak tolak bubar DUN jika hilang sokongan wakil PAS
May 23, 2026· Politik
PAS kesal Bersatu tarik balik SD di Negeri Sembilan untuk bersama UMNO: Hadi
May 22, 2026· Politik
Pemimpin UMNO Johor kunci mulut berhubung spekulasi pembubaran DUN
May 22, 2026· Politik
Bubar DUN Negeri Sembilan cara terbaik tamatkan krisis: Tok Mat
May 22, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu jawab kritikan PAS, tegaskan semua isu patut dibincang dalam gabungan
3 jam lalu · Politik
Isu agama dan kaum dimainkan Akmal beri beban kepada kerajaan: Rafizi
10 jam lalu · Politik
Rafizi berisiko kalah kerusi Pandan sama seperti di Gombak: AMK Pulau Pinang
10 jam lalu · Politik
AMK desak wakil rakyat PKR jelaskan kehadiran semasa program Rafizi
10 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul diberi peranan baharu jaga kerusi Parlimen Pandan: Amiruddin
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok