Deklarasi KL dimerterai, pelan hala tuju Asean hingga 2045

May 26, 2025 · Isu semasa

Pemimpin Asean hari ini memerterai Deklarasi Kuala Lumpur, sebuah dokumen penting sebagai komitmen baharu blok serantau perkukuh integrasi, menangani cabaran global dan membentuk masa depan lebih mampan, saksama dan berpaksikan rakyat.

Peluncuran Deklarasi Kuala Lumpur itu bersempena Sidang Kemuncak Asean ke-46.

Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Asean 2045: ‘Masa Depan Bersama Kita’ mengetengahkan langkah strategik dalam usaha memperkukuh masa depan serantau bagi dua dekad akan datang bagi menggantikan pelan ASEAN 2025: Forging Ahead Together yang dimeterai ketika Malaysia menjadi Pengerusi Asean pada 2015.

Dekarasi Kuala Lumpur itu juga menjadi pelan hala tuju baharu ke arah membina Komuniti Asean yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik serta berpaksikan rakyat.

Dokumen penting itu ditandatangani Perdana Menteri, Anwar Ibrahim; Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong; Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh; Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra dan Perdana Menteri Loas, Sonexay Siphandone.

Turut menandatangani adalah Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr; Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Myanmar, Aung Kyaw Moe.

Deklarasi yang ditandatangani itu selepas itu diserahkan kepada Setiausaha Agung Asean, Dr Kao Kim Hourn.

Sementara itu, Anwar dalam ucapannya berkata, dokumen itu bukan sekadar penghormatan terhadap masa lampau tetapi ikrar hidup terhadap masa depan yang menuntut tindakan kolektif dan tadbir urus bersama.

“Adalah sering dikatakan bahawa cara terbaik untuk meramal masa depan ialah dengan menciptanya. Itulah yang Asean usahakan selama beberapa dekad melalui usaha konsisten, visi strategik dan kepercayaan serantau.

“Asean kini berdepan cabaran ketidaktentuan persekitaran antarabangsa, ketegangan geopolitik, gangguan ekonomi, perubahan iklim dan kemunculan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan serta ekonomi digital.

“Teknologi boleh menjadi pemangkin kemakmuran, tetapi juga membawa risiko termasuk meningkatkan ketidaksamarataan dan menggugat mata pencarian sekiranya tidak ditadbir dengan baik,” katanya.

Anwar turut menekankan integrasi serantau yang dirancang menerusi Asean 2045 perlu benar-benar berpaksikan rakyat termasuk usaha menutup jurang pembangunan, meningkatkan taraf hidup dan memanfaatkan potensi insan seluruh warga Asean.

“Dengan kejelasan visi, keteguhan tekad dan kesatuan hati, marilah kita bina Asean yang menjadi warisan paling berharga kepada generasi akan datang,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
7 jam lalu· Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
9 jam lalu· Politik
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
12 jam lalu· Politik
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
June 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
7 jam lalu · Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
7 jam lalu · Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
12 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok