Dikritik tak bawa pembangunan di Lamag, Bung Moktar bidas calon GRS

November 26, 2025 · Politik

Bung Moktar Radin membidas kenyataan calon lawannya dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Johainizamshah Johari, yang mendakwa beliau tidak membawa sebarang pembangunan kepada kawasan tersebut.

Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar yang juga penyandang kerusi DUN Lamag itu menyifatkan kritikan tersebut sebagai tidak berasas dan datang daripada seorang terlalu obses dengan “pembangunan khayalan” yang belum tentu kesampaian.

Beliau menegaskan, pembangunan tidak boleh diukur hanya berdasarkan rancangan atau janji kosong.

“Pembangun baru apa? Kan ini baru saja plan (rancangan). Kalau plan macam itu, ada beribu-ribu di kerajaan negeri. Pembangunan tidak boleh hanya bersandarkan kepada perancangan atau janji ‘pecah tanah’ yang tidak pernah menjadi kenyataan,” katanya dipetik laporan MalaysiaGazette.

Bung Moktar turut memberikan contoh janji kerajaan negeri terdahulu pimpinan GRS yang menurutnya masih belum menjadi kenyataan.

“Saya masih ingat, Ketua Menteri ketika itu telah melancarkan satu MoU dan pecah tanah untuk membina resort bersama Pavilion di Papar. Sudah lima tahun, tidak juga jadi. Itu bukan satu, tapi beratus-ratus pecah tanah,” ujar Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Beliau menyindir Johainizamshah yang didakwanya terlalu berkhayal sehinggakan menafikan segala pembangunan yang dibawa oleh BN di Kinabatangan.

“Calon GRS itu terlalu obses, terlalu mendalam jiwanya dalam pembangunan khayalan hingga cakap tidak ada mana-mana wakil rakyat membawa pembangunan di Kinabatangan. Ya ampun… dia memang berkhayal,” sindirnya.

Bagaimanapun, Bung Moktar tidak menyalahkan sepenuhnya calon muda GRS itu dan menyifatkan kenyataannya mungkin berpunca daripada kurangnya pengalaman.

“Dia orang muda, orang baru dan tidak berpengalaman dalam politik. Biarkan dia dengan khayalan Mat Jenin dia,” ujarnya.

Bung Moktar menegaskan masyarakat Lamag lebih arif dan mampu menilai rekod perkhidmatannya yang sedia ada.

Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 bagi kerusi Lamag menyaksikan pertembungan enam penjuru melibatkan Bung Moktar (BN), Johainizamshah (GRS), dan empat calon lain.

Seramai 13,859 pengundi berdaftar dijangka keluar mengundi untuk menentukan wakil rakyat mereka.

Berita berkaitan
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
14 jam lalu· Isu semasa
PAS ragui cadangan ‘kolaborasi agung’ dibawa UMNO, enggan menyokong
January 22, 2026· Politik
PN terima permohonan MIC, keputusan akhir di tangan parti: Muhyiddin
January 22, 2026· Politik
UMNO Kedah perlu diberi autonomi tentukan hala tuju politik: Syed Johan
January 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PN bakal muktamad pindaan perlembagaan minggu depan: Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Bos Mydin bidas Ahli Parlimen DAP: “Lu Siapa?”
19 jam lalu · Politik
PAS sudah ada calon Pengerusi PN: Hadi
19 jam lalu · Politik
Laporan: PAS gagal kemuka calon baharu pengerusi PN?
23 jam lalu · Politik
Akta Anti Lompat Parti lemah banyak kelompangan: Ronald Kiandee
January 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok