Diplomasi PM Anwar cerminkan nilai islam mengenai keamanan, keadilan: IKIM

July 30, 2025 · Isu semasa

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN ketika ini memainkan peranan utama dalam menggalakkan penyelesaian secara aman dan rundingan diplomatik dalam kalangan negara anggota, menurut Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ketua Pengarah IKIM Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil memuji kejayaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjadi perantara dalam perjanjian gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja.

Beliau berkata pencapaian itu melambangkan komitmen berterusan Malaysia terhadap perpaduan dan kestabilan serantau.

Kebijaksanaan Perdana Menteri menyatukan dua pihak yang bertelagah mencerminkan kepimpinan Islam yang menegakkan keadilan, keamanan dan martabat insan di samping menunjukkan keberkesanan pendekatan diplomasi yang berteraskan kesabaran, hikmah dan ketegasan dalam menangani konflik.

“Kejayaan Malaysia mendamaikan kedua-dua pihak memperlihatkan kepada dunia bahawa kekuatan sebenar tidak terletak pada kuasa ketenteraan tetapai pada prinsip moral, etika dan ketelusan dalam menguruskan konflik. Ini ajaran teras dalam Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

“IKIM menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersyukur atas kejayaan ini dan menghargai keamanan sebagai asas kepada pembangunan dan kesejahteraan.

Selain itu, IKIM kekal komited mempromosi nilai-nilai Islam yang mengutamakan perdamaian, persefahaman dan saling menghormati antara semua pihak.

Sebagai institusi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan untuk mempromosi kefahaman sebenar tentang Islam, IKIM yakin kejayaan itu boleh dijadikan contoh kepada masyarakat antarabangsa bagaimana diplomasi berteraskan etika dan nilai mampu menyelesaikan pertikaian.

Ketegangan antara Thailand dan Kemboja memuncak sejak 28 Mei susulan pertempuran antara tentera kedua-dua negara berhampiran kawasan sempadan di Preah Vihear, yang mengorbankan seorang tentera Kemboja. – Bernama

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
17 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
19 jam lalu· Politik
Kemalangan maut Temerloh: PM zahir takziah, minta siasatan teliti dijalankan
September 1, 2026· Isu semasa
Jakim ambil tindakan susulan isu peserta transgender warga Malaysia di Bangkok
September 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
17 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
18 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok