Timbalan Ketua Pemuda MIC, K Kesavan (depan, empat dari kanan) hadir ke PAT Armada Bersatu di IDCC Shah Alam pada Sabtu.
Timbalan Ketua Pemuda MIC, K. Kesavan, menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Armada Bersatudi Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini, satu perkembangan politik yang menarik susulan laporan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini ‘melamar’ MCA dan MIC untuk menyertai gabungan itu.
Kesavan dilihat duduk di kerusi barisan hadapan, sebaris dengan Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, semasa Ketua Armada, Muhammad Hilman Idham, menyampaikan ucapan dasarnya.
Kehadiran beliau disambut meriah oleh perwakilan Armada apabila MIC disebut secara khusus dalam ucap alu-uan Muhammad Hilman, yang juga Ahli Dewan Undangan Negerin (ADUN) Gombak Setia.
Selain Kesavan, turut hadir Pemangku Ketua Pemuda Parti Gerakan, Lee Boon Shien, dan Ketua Pemuda Parti India Rakyat Malaysia (MIPP), Justin Prabakaran.
Kehadiran ini selari dengan bayangan Muhyiddin sebelum ini PN bakal diperkukuh dengan lebih banyak parti, termasuk kemungkinan penyertaan MIC dan MCA sebagai ‘PN Plus’ menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).
Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali, juga sebelum ini mendedahkan gabungan itu telah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan kedua-dua parti komponen BN tersebut.
Sementara itu, Ketua Biro Media MIC Kebangsaan, L. Siva Subramaniam baru-baru ini, mengeluarkan amaran kepada Barisan Nasional (BN) agar segera melaksanakan reformasi dalaman dan memberikan kuasa yang setimpal kepada MIC.
“MIC tidak lagi sanggup menjadi pemerhati bisu dalam politik yang semakin meminggirkan suara mereka serta menunggu janji kosong atau sekadar duduk di tepi tanpa kuasa sebenar,” katanya.
Pelawaan PN kepada MIC dan MCA sebelum ini telah diulangi oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Langkah ini dilihat sebagai strategi PN untuk memperluas sokongan pengundi bukan Melayu dan berpotensi meraih antara 15 hingga 22 kerusi baharu menjelang PRU-16.
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
AMK persoal aktivis membisu dalam isu ketegangan kaum
UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat
Peguam Muhyiddin dakwa pertuduhan dibuat kabur, gagal nyata kesalahan dilakukan
Khaled ajak bekas ahli kembali ke UMNO, sahut seruan Zahid pemimpin ulung
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan