Terdahulu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mempercepatkan pengisian 4,352 kekosongan jawatan di fasiliti kesihatan tahun ini.
Ramai doktor kontrak dilaporkan telah menerima emel tawaran jawatan tetap daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), susulan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam.
Menurut kumpulan aktivis Hartal Doktor Kontrak, banyak petugas kesihatan berstatus kontrak telah mula mendapatkan notifikasi rasmi daripada KKM berkenaan penjawatan tetap susulan langkah diumum kerajaan bagi memperkasa sektor kesihatan awam.
“Mendapat berita bahawa ramai doktor kontrak telah menerima emel tawaran jawatan tetap selepas pengumuman PM Anwar hari ini. Pantas tindakan #MadaniBekerja,” maklum kumpulan itu melalui hantaran di Facebook.
Kumpulan tersebut turut menyatakan harapan agar lebih banyak pegawai kesihatan berstatus kontrak – termasuk jururawat, pakar, dan kakitangan sokongan – akan menerima tawaran serupa tidak lama lagi.
“Kami berharap semua pekerja kesihatan KKM yang masih berstatus kontrak akan mendapat peluang yang sama dalam masa terdekat,” tambah mereka.
Terdahulu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mempercepatkan pengisian 4,352 kekosongan jawatan di fasiliti kesihatan tahun ini, termasuk jawatan tetap untuk doktor kontrak.
Langkah ini dilihat sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk menyelesaikan isu berlarutan doktor kontrak yang telah membelenggu sistem kesihatan negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pengumuman ini telah disambut baik oleh komuniti perubatan, terutamanya doktor-doktor kontrak yang telah lama menanti penyelesaian terhadap isu ketidakpastian kerjaya mereka.
“Anwar membuktikan ini bukan sekadar retorik politik, tetapi tindakan nyata untuk memperbaiki sistem kesihatan negara,” kata seorang doktor kontrak yang enggan dikenali.
Dengan penerimaan emel tawaran ini, doktor-doktor terlibat dijangka akan melalui proses seterusnya untuk pengesahan jawatan tetap dalam minggu-minggu akan datang.
Bekas pengarah penyelidikan IPTA ditahan kes rasuah RM1 juta: Laporan
Diesel diterima Filipina bukan dari perut bumi Malaysia
Kerajaan teliti subsidi bersasar bagi diesel ikut kaedah BUDI95: Fahmi
Harga diesel Sabah, Sarawak, Labuan kekal RM2.15: MOF
Keputusan kes saman barang kemas Rosmah ditetapkan 10 Jun
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan