Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berehat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan pagi tadi.
Perkara itu disahkan oleh pembantunya, Sufi Yusoff menurut laporan Astro Awani.
Menurut Sufi, Tun Mahathir dimasukkan ke IJN sekitar jam 10 pagi selepas menghadiri program Picnic & Potluck di Putrajaya.
“Ya, betul-betul Tun keletihan. Jadi beliau tinggalkan majlis awal dan kini sedang berehat.
“Keadaannya okay, cuma beliau diminta berehat dan kini berada di IJN,” katanya.
Dr Mahathir Mohamad berbasikal ketika hadir ke Program Picnic & Potluck di Tasik Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 13 JULAI 2025
Sufi menambah, Dr Mahathir yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-100, dijangka keluar dari IJN pada petang ini.
Pagi tadi, Dr Mahathir hadir program Picnic & Potluck sempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu, serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Beliau yang tiba dengan memandu kereta sendiri, berkesempatan mengayuh basikal di sekitar Tasik Putrajaya.
Dalam perkongsian di TikTok, Dr Mahathir kelihatan duduk dengan wajah keletihan.
Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri keempat dan ketujuh tiba pukul 7.45 pagi dengan memandu sendiri sebelum mengayuh basikal kira-kira 30 minit di sekitar Tasik Putrajaya.
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum