Dua individu disiasat MCMC berhubung hantaran palsu pelantikan ketua hakim

July 18, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan menyiasat dua individu yang disyaki memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melampau melalui akaun Instagram miliknya.

Kedua-dua individu tersebut dipanggil untuk dirakam percakapan kerana memuat naik satu hantaran palsu berkaitan isu pelantikan Ketua Hakim Negara yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Suspek pertama membuat hantaran melalui akaun Instagram miliknya dan sesi rakaman percakapan telah dijalankan pada 2.30 petang pada Jumaat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Pihak berkuasa bertindak menyita satu (1) unit telefon bimbit dan satu (1) unit kad sim.

Sementara seorang lagi suspek kedua disiasat kerana memuat naik kandungan palsu menyentuh Institusi Diraja yang dimuat naik oleh seorang individu menerusi akaun Facebook miliknya.

Kandungan tersebut dipercayai mengandungi dakwaan palsu kononnya Majlis Raja-Raja telah membuat keputusan awal berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara.

Dakwaan tersebut telah mengelirukan orang ramai dan menjejaskan integriti sistem perundangan negara, serta kewibawaan Institusi Diraja.

MCMC telah merakam keterangan individu terbabit pada 2.30 petang pada Jumaat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Kedua-dua kes itu dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua (2) tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

MCMC mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang kandungan palsu yang menyentuh Agama, Kaum dan Institusi Diraja (3R).

MCMC kekal tegas dalam memastikan ruang siber tidak disalahgunakan untuk menyebarkan naratif palsu atau mengganggu proses demokrasi dan tadbir urus negara, sejajar dengan usaha mempertahankan kedaulatan undang-undang serta keharmonian masyarakat.

Berita berkaitan
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
September 6, 2026· Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
September 4, 2026· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
September 4, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
September 6, 2026 · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
September 4, 2026 · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok