Ketua Polis Negara (IGP), Mohd Khalid Ismail.
Dua aktivis politik yang dikenal pasti dalam aksi menyebat patung berwajah Anwar Ibrahim sudah ditahan pihak polis.
Penahanan kedua-dua aktivis politik berusia 21 dan 47 tahun itu disahkan Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail hari ini dan mereka berdua sedang dalam siasatan pihak berkuasa kerana melakukan perbuatan tersebut.
“PDRM mengesahkan sedang menjalankan siasatan berkaitan perserta himpunan yang membawa dan menyebat patung mirip Anwar.
“Insiden berlaku semasa himpunan Turun Anwar pada 26 Julai yang lalu.
“Perbuatan tersebut telah dirakam dan telah dimuat naik dalam media sosial oleh pihak-pihak tertentu,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.
Awal hari ini, pihak polis menerima laporan berhubung insiden patung mirip PM disebat semasa himpunan pada Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kes berkenaan kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurutnya, polis telah mengesan patung tersebut di sekitar Masjid Negara dan telah mengambil rakaman video sebagai bukti.
“Seperti yang kita jelaskan sebelum ini, sekiranya terdapat sebarang salah laku yang melanggar undang-undang di bawah mana-mana akta, kita akan ambil tindakan.
“Terdapat empat laporan diterima polis berhubung himpunan berkenaan. Satu kes iaitu melibatkan patung menyerupai Perdana Menteri disiasat oleh USJT manakala tiga lagi laporan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kerana melibatkan penerbangan dron,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam himpunan ‘Turun Anwar’ yang berlangsung di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu, polis memaklumkan seramai kira-kira 18,000 orang telah menghadiri himpunan aman tersebut.
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
Mas Ermieyati dan Ronald digantung keahlian Bersatu dua penggal
AMK persoal aktivis membisu dalam isu ketegangan kaum
UMNO tidak paksa bekas ahli untuk kembali: Tok Mat
Peguam Muhyiddin dakwa pertuduhan dibuat kabur, gagal nyata kesalahan dilakukan
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan