Dua orang dalang gerakan SD jatuhkan Presiden dikenal pasti: Hilman

September 10, 2025 · Politik

Parti Bersatu sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab di sebalik gerakan Akuan Bersumpah (SD) yang didakwa bertujuan untuk menyingkirkan Presiden parti, Muhyiddin Yassin.

Menurut Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham, tindakan tidak beretika beberapa individu itu jelas melanggar keputusan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) yang sebelum ini telah sebulat suara menyokong kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh tersebut.

“Isu SD sepatutnya tidak timbul lagi kerana mereka telah gagal.

“Jangan ulangi kebodohan dengan dakwaan kononnya ada 120 Ketua Bahagian Bersatu menandatangani SD, sedangkan hanya beberapa sahaja yang menandatangani, itu pun kerana tertipu dengan cerita rekaan mereka,” katanya dipetik laporan media.

Kenyataan beliau itu dibuat sebagai menafikan laporan portal berita sebelumnya yang memetik seorang sumber mendakwa isu SD hanya ‘diredakan’ bagi memastikan PAT berjalan lancar, dan seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) akan membawa SD tersebut kepada Muhyiddin.

Hilman menegaskan isu berkenaan langsung tidak berbangkit semasa PAT, sebaliknya perhimpunan itu menyaksikan semua perwakilan menyatakan sokongan padu kepada Muhyiddin.

“Boleh dilihat ketika PAT, semua angkat tangan untuk menunjukkan sokongan kepada Tan Sri, dan saya yakin, dua MPT yang dikatakan sumber itu juga berbuat perkara sama,” ujarnya.

Tambah beliau, mesyuarat MPT khas yang diadakan baru-baru ini memberi tumpuan kepada memperincikan kuasa Pengerusi Tetap berdasarkan Perlembagaan Parti bagi menangani segelintir perwakilan yang bertindak biadab semasa persidangan.

Parti juga akan mengambil tindakan disiplin terhadap dua individu yang didakwa sebagai sumber tersebut kerana tidak mematuhi keputusan PAT untuk mengekalkan Muhyiddin sebagai Presiden sehingga pilihan raya akan datang.

“Kita tidak perlu sebut nama sumber itu, tetapi saya yakin semua orang dalam MPT termasuk Presiden tahu siapa orangnya.

“Mereka sahaja yang ingat orang tidak tahu, sedangkan semua orang tahu dan saya yakin parti akan ambil tindakan ke atas mereka,” tegasnya lagi.

Berita berkaitan
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
10 jam lalu· Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
21 jam lalu· Politik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
April 15, 2026· Politik
Hamzah sudah hantar surat letak jawatan Ketua Pembangkang: Mahfodz
April 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
11 jam lalu · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
21 jam lalu · Politik
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
21 jam lalu · Politik
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
April 15, 2026 · Politik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
April 15, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok