Eksport dan import rancak, prestasi dagangan Malaysia naik 37.3 peratus

August 20, 2026 · Isu semasa

Prestasi perdagangan Malaysia terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila jumlah dagangan negara meningkat 37.3 peratus kepada RM364.7 bilion pada Julai 2026, berbanding RM265.7 bilion pada bulan sama tahun lalu.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan terbaharunya berkata pertumbuhan itu disokong peningkatan eksport dan import, dengan eksport berkembang 38 peratus kepada RM193.6 bilion manakala import naik 36.4 peratus kepada RM171.1 bilion.

Lebihan dagangan turut melonjak 51.9 peratus kepada RM22.5 bilion.

Menurut DOSM, prestasi itu juga menunjukkan peningkatan berbanding Jun 2026 apabila import dan jumlah dagangan masing-masing meningkat 5.5 peratus dan 7.3 peratus.

“Eksport dan lebihan dagangan juga mencatatkan peningkatan masing-masing 8.8 peratus dan 42.4 peratus,” menurut laporan Buletin Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Malaysia bagi Julai 2026.

Dari segi kumpulan barangan, sebanyak 144 daripada 258 kumpulan eksport dan 182 daripada 259 kumpulan import merekodkan pertumbuhan berbanding Julai tahun lalu.

Peningkatan eksport paling ketara disumbangkan oleh penghantaran ke Amerika Syarikat yang meningkat RM14.7 bilion, diikuti Taiwan sebanyak RM7.5 bilion dan China RM4.8 bilion.

Eksport ke Singapura turut meningkat RM4.3 bilion, Kesatuan Eropah RM4 bilion, Hong Kong RM3.8 bilion dan Vietnam RM3.7 bilion.

Bagi import pula, China mencatat peningkatan tertinggi sebanyak RM17.2 bilion, diikuti Singapura RM7.9 bilion dan Korea Selatan RM6.4 bilion.

India, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Thailand turut merekodkan peningkatan import masing-masing RM2.7 bilion, RM2.1 bilion, RM2 bilion dan RM1.7 bilion.

DOSM berkata prestasi perdagangan bagi tempoh Januari hingga Julai 2026 turut kekal positif.

“Jumlah perdagangan merekodkan peningkatan dua digit sebanyak 24.7 peratus daripada RM1.7 trilion kepada RM2.2 trilion,” katanya.

Dalam tempoh sama, eksport meningkat 29.2 peratus manakala import berkembang 19.8 peratus. Lebihan dagangan pula melonjak 138.7 peratus kepada RM170.5 bilion.

Pertumbuhan itu mencerminkan momentum kukuh sektor perdagangan luar Malaysia sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini, didorong permintaan lebih tinggi daripada beberapa rakan dagang utama serta peningkatan aliran import.

Berita berkaitan
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
2 jam lalu· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Syarat ekuiti Bumiputera 30 peratus kekal
October 20, 2026· Isu semasa
Perdagangan Malaysia cecah RM2.91 trilion, eksport melonjak: MATRADE
October 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
1 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
1 jam lalu · Isu semasa
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
3 jam lalu · Isu semasa
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
3 jam lalu · Isu semasa
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok