Elak kritik rakan sendiri sehingga jejaskan hubungan, kata Tok Mat kepada komponen BN

August 5, 2025 · Politik

Tidak wajar untuk mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) mengkritik rakan sendiri dalam gabungan, kata Mohamad Hasan.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata MCA dan MIC sudah menjadi rakan bersama sejak puluhan tahun dan perlu menghormati satu sama lain, sambil menyifatkan pertelingkahan kecil adalah perkara biasa dalam mana-mana gabungan politik.

Menurutnya, sekiranya ada salah faham ia perlulah diselesaikan dengan baik supaya keluarga BN terus kukuh.

“Dalam apa jua bentuk gabungan, baik suami isteri pun kadang-kadang ada pertelingkahan.

“Jadi kita tidak mahu pertelingkahan kecil ini akan menyebabkan persahabatan kita yang telah pun berpuluh tahun sejak ditubuhkan itu terjejas,” katanya dipetik portal Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, yang mendakwa dirinya dan MIC seolah-olah ditipu Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi yang menjanjikan jawatan Kabinet sekiranya menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Tapah itu turut menyuarakan kekecewaan kerana MIC didakwa tidak diberi sebarang peranan dalam kerajaan serta memberi bayangan tidak perlu meneruskan kerjasama jika tidak diperlukan.

Kenyataan dibuat Saravanan itu kemudian dibalas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi yang seterusnya menjadi perbalahan antara dua ahli politik itu di media sosial.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak ada gunanya parti-parti komponen saling menyalahkan antara satu sama lain kerana tindakan sedemikian hanya akan menggagalkan usaha memperkukuhkan semula BN.

Katanya, semua pihak dinasihatkan untuk bertenang dan melupakan isu tuduh menuduh antara satu sama lain.

“Yang pentingnya BN nak bangkit semula. Kalau nak bangkit, nak menang kita buat cara nak menang bukannya cara melemahkan.

“Elok kita tumpukan cara memperkasakan parti daripada kita mendedahkan kelemahan dalaman parti kita, bukannya dengan cara bertelagah tapi cara muafakat baik-baik,” katanya.

Berita berkaitan
PRN Melaka: 14 November hari mengundi, penamaan calon 31 Oktober
October 7, 2026· Politik
PRN Melaka: Amanah masih buka ruang kerjasama, tunggu ‘jodoh’ politik
October 4, 2026· Politik
UMNO sedia bincang PAS guna logo BN di Melaka: Khaled Nordin
October 3, 2026· Politik
UMNO-PAS terus runding, kerjasama PRN Melaka semakin positif: Asyraf Wajdi
October 2, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
15 jam lalu · Politik
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
15 jam lalu · Politik
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
20 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
23 jam lalu · Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok