Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi Fadzil, menegaskan bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden serangan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang berlaku semalam.
Menteri Komunikasi itu mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai.
“Saya melihat polis akan menyiasat perkara ini secara terperinci untuk mengesahkan apa yang sebenarnya berlaku. Masih terlalu awal untuk saya memberikan sebarang ulasan khusus.
“Kita perlu memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka dengan sempurna,” katanya selepas merasmikan mercu tanda Kampung Kerinchi di KL Gateway hari ini.
Fahmi turut menyifatkan Rafizi sebagai seorang yang tabah menghadapi tekanan, berdasarkan pengalaman beliau yang pernah berdepan dengan pelbagai cabaran sebelum ini.
“Saya tidak percaya seseorang seperti Rafizi akan berdiam diri dalam situasi sebegini. Beliau pernah melalui pelbagai tekanan, termasuk dibawa ke mahkamah, tetapi tetap terus berjuang. Itu adalah sifat sebenar Rafizi,” ujarnya lagi.
Fahmi memaklumkan bahawa Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, telah memberitahu kepimpinan PKR dan Jemaah Menteri bahawa beberapa langkah susulan akan diambil, termasuk meningkatkan tahap keselamatan.
“Sehingga semalam, ada kemas kini mengenai keadaan anak YB Rafizi, tetapi saya belum menerima maklumat terkini pagi ini. Namun, Menteri Dalam Negeri telah memberikan jaminan bahawa aspek keselamatan untuk Rafizi dan keluarganya akan dipertingkatkan,” jelasnya.
Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah tersebut dan berharap pelaku dapat segera ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Fahmi menekankan pentingnya masyarakat bersabar dan tidak menyebarkan sebarang andaian yang boleh mengganggu proses siasatan polis. Beliau yakin pihak berkuasa akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan kes ini dengan adil dan telus.
Zahid harap MIC terus bersama BN, tapi…
Amanah mahu agihan kerusi lebih adil di Melaka, Johor: Khalid Samad
Tun Faisal tepis dakwaan Bersatu campur tangan politik dalam isu dalaman PAS
Fokus tadbir Perlis, jangan pendek umur politik: Fadhli
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong