Gencatan senjata: PM Kemboja sifatkan keputusan bijak dicapai di Putrajaya

July 29, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, menyifatkan gencatan senjata yang dicapai sebagai ‘keputusan bijak’ dan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim atas usaha beliau menganjurkan rundingan damai di Putrajaya hari ini.

Mesyuarat khas yang diusahakan Malaysia antara Thailand dan Kemboja bagi menyelesaikan konfrontasi ketenteraan yang sedang berlaku di kawasan sempadan kedua-dua negara berakhir dengan keputusan yang positif.

Kedua-dua negara bersetuju untuk menghentikan pertempuran mulai tengah malam Isnin, satu langkah penting ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan dan keselamatan.

“Satu keputusan mesyuarat yang bijak, dan saya berterima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana mengambil inisiatif menyelaras dan menjadi tuan rumah kepada mesyuarat ini.

“Saya percaya bahawa perjanjian gencatan senjata antara tentera Kemboja dan tentera Thailand ini merupakan asas utama dalam membina kepercayaan bersama dan menambah baik keadaan ke arah pemulihan seperti sediakala pada masa depan,” kata Manet menerusi hantaran di Facebook sejurus kembali dari Malaysia petang semalam.

Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai bertemu buat kali pertama sejak ketegangan tercetus antara kedua-dua negara jiran itu pada 24 Julai lepas.

Kemboja dan Thailand menghadapi krisis diplomatik susulan konflik bersenjata yang berlaku di bahagian utara negara itu.

Dalam hantaran sama, Manet turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Kerajaan China atas sokongan mereka terhadap usaha mencapai gencatan senjata.

Lebih 80,000 orang telah dipindahkan, manakala 13 orang termasuk anggota tentera dan orang awam terkorban sejak konflik tercetus Khamis lepas.-Bernama

Berita berkaitan
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
2 jam lalu· Isu semasa
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
21 jam lalu· Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
September 4, 2026· Politik
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
2 jam lalu · Isu semasa
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
September 4, 2026 · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
September 4, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok