Gerakan Pulau Pinang mahu guna logo sendiri pada PRU-16

September 29, 2025 · Politik

Gerakan Pulau Pinang mahukan identiti sendiri dengan mendesak agar dibenarkan menggunakan logo parti asal pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.

Pengerusinya, Oh Tong Keong, menyuarakan hasrat itu pada Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Pulau Pinang 2025, yang dihadiri oleh Presiden parti, Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Beliau berkata, langkah itu penting untuk membolehkan rakyat Pulau Pinang kembali melihat logo Gerakan di kertas undi setelah sekian lama.

“Dengan adanya kebenaran itu, ia dapat memberi peluang kepada rakyat Pulau Pinang untuk kembali melihat logo Parti Gerakan di kertas undi selepas sekian lama,” kata Tong Keong yang juga Timbalan Presiden Gerakan.

Desakan itu turut disokong oleh Ketua Wanita Gerakan, Peilin Ooi Pei Nar, dan Ketua Pemuda parti tersebut, Tan Zhen Zune, yang berucap pada persidangan sama.

Tong Keong mengakui parti telah melalui empat penggal yang sukar, menyebabkan ada ahli kecewa dan meninggalkan parti.

“Masih ramai ahli yang setia, tidak meninggalkan parti dan tetap berjuang bersama untuk melihat Parti Gerakan kembali ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) demi rakyat,” ujarnya.

Beliau menekankan ketiadaan wakil pembangkang bukan Melayu di DUN Pulau Pinang menyebabkan banyak isu masyarakat terpinggir.

“Walaupun kami menggunakan media untuk menyuarakan masalah rakyat, kerajaan negeri sering tidak menjawab dengan betul atau langsung tidak memberi perhatian.

“Rakyat perlu sedar bahawa DUN tanpa semak dan imbang akan merugikan mereka,” tambahnya.

Sementara itu, Presiden parti, Dominic, mengakui telah menerima cadangan berkenaan dan pertimbangan akan dibuat dengan sebaiknya.

“Ini pandangan daripada akar umbi di Pulau Pinang. Tetapi sama ada ia mampu bangkitkan semula Gerakan dalam arena politik, kita kena buat analisis. Apa-apa keputusan mesti dibuat dengan penuh tanggungjawab,”ujarnya.

Beliau menegaskan keputusan muktamad akan dibincangkan bersama Jawatankuasa Pusat dan Jawatankuasa Kerja Pusat parti.

Berita berkaitan
Bendera terbalik di Johor, Akmal tak mahu anjur himpunan seperti di P. Pinang?
August 17, 2026· Politik
AMK Selangor: PAS jangan sekadar cakap besar mahu tumbangkan PH
August 17, 2026· Politik
Wawasan didakwa kawal PN, Bersatu persoal pendirian gabungan
August 12, 2026· Politik
Keluar Dewan: Pembangkang PN tak peduli amanah pendeposit Tabung Haji?
August 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
12 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
13 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
13 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok