Had umur 16 tahun: Platform media sosial tak boleh lagi diharap kawal selia sendiri

October 23, 2025 · Isu semasa

Isu buli siber dan kes penderaan kanak-kanak yang berpunca daripada platform media sosial semakin membimbangkan.

Sebagai langkah proaktif melindungi generasi muda, cadangan kerajaan untuk menaikkan had umur minimum pengguna media sosial kepada 16 tahun disambut baik oleh aktivis dan pakar.

Dr. Hartini Zainudin, aktivis hak kanak-kanak dengan tegas menyatakan platform digital tidak boleh lagi diharap untuk mengawal selia sendiri.

“Saya rasa platform media sosial tak akan lindungi kanak-kanak lagi, jadi kerajaan perlu bertindak. Apabila kemudaratan menjadi sesuatu yang boleh dijangka, kegagalan bertindak adalah satu bentuk kecuaian,” katanya dipetik laporan media.

Beliau menyokong kuat pelaksanaan sistem pengesahan umur eKYC (Know Your Customer) yang boleh dikuatkuasakan.

“Jika syarikat boleh mengesahkan umur untuk e-pembayaran, mereka juga boleh lakukannya untuk keselamatan kanak-kanak,” tegasnya lagi.

Dr. Hartini turut mencadangkan platform perlu dilesen, diaudit, dan dikenakan denda jika gagal mematuhi peraturan.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Fauziah Mohd Saad, Pakar Psikologi Kaunseling dari UPSI, menekankan keselamatan kanak-kanak tidak boleh bergantung kepada dasar sukarela platform.

“Keselamatan kanak-kanak tidak boleh bergantung kepada langkah sukarela. Peraturan mandatori menetapkan standard yang jelas,” ujarnya.

Beliau mencadangkan agar akaun media sosial untuk remaja berumur 13 hingga 15 tahun hanya dibenarkan dengan kebenaran ibu bapa dan kawalan keselamatan yang ketat, manakala kanak-kanak bawah 13 tahun perlu dilarang sama sekali.

“Dasar ini menandakan perubahan serius, platform tidak lagi boleh ‘mengawal selia sendiri’ tanpa tanggungjawab.

“Mereka mesti melindungi pengguna muda, bersikap telus dan patuh kepada undang-undang negara,” ujarnya.

Kedua-dua pakar bersetuju bahawa pendidikan literasi digital di sekolah merupakan komponen penting.

Cadangan ini menandakan satu perubahan signifikan ke arah pendekatan yang lebih tegas, di mana platform digital kini dipertanggungjawabkan secara sah untuk memastikan keselamatan pengguna mudanya, sekaligus melindungi mereka daripada ancaman buli siber dan eksploitasi.

Berita berkaitan
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
14 jam lalu· Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
20 jam lalu· Isu semasa
Lebih 700 kandungan deepfake pemimpin politik diturunkan: MCMC
22 jam lalu· Isu semasa
NADI Inanam Sentral dibuka, peluang digital diperluas
22 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
22 jam lalu · Isu semasa
Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata: Bernama
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok