Hadi disaran muhasabah diri, bersihkan diri daripada bisikan syaitan: Razlan

March 14, 2026 · Politik

Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa UMNO dilanda “penyakit waswas akibat bisikan syaitan” mengundang reaksi balas daripada pimpinan parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Razlan Rafii berkata kenyataan sedemikian tidak wajar dikeluarkan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi masa untuk umat Islam memperbaiki diri dan memperkukuh perpaduan.

“Dalam bulan Ramadan ini, sepatutnya beliau membersihkan diri daripada bisikan syaitan yang ada di sekelilingnya terlebih dahulu.

“Tidak ada salah untuk berusaha melakukan apa sahaja demi penyatuan umat Islam,” katanya mengulas kenyataan Hadi dipetik laporan media.

Kontroversi itu tercetus selepas Hadi menulis dalam ruangan “Minda Presiden PAS” di Facebook mendakwa UMNO kini berdepan kekeliruan dalam kalangan ahlinya akibat “bisikan syaitan”.

Ahli Parlimen Marang itu merujuk kepada kehadiran wakil PAS sebagai pemerhati dalam pertemuan “Rumah Bangsa” anjuran UMNO baru-baru ini.

Menurutnya, pertemuan tersebut memperlihatkan tanda-tanda masalah dalaman dalam UMNO, termasuk dakwaan ada ahli parti itu meninggalkan perjuangan asal yang meletakkan agama sebagai sebahagian daripada dasar parti.

Mengulas perkara itu, Razlan berkata program “Rumah Bangsa” sebenarnya bertujuan mengeratkan hubungan dan silaturahim antara ahli serta bekas ahli UMNO, selain membuka ruang dialog dengan pelbagai pihak.

Beliau turut mengingatkan PAS sendiri pernah bekerjasama dengan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor suatu ketika dahulu.

“Ketika PAS memberi laluan kepada DAP dalam kerajaan negeri Selangor, siapa pula yang membisikkan perkara itu kepada beliau untuk menerima gabungan tersebut?” katanya.

Razlan menegaskan matlamat utama UMNO ketika ini ialah memastikan orang Melayu kembali mempunyai kedudukan dominan dalam politik negara serta mengelakkan perpecahan yang berpanjangan.

Pertemuan “Rumah Bangsa” yang diadakan di ibu pejabat Umno pada 5 Mac lalu menghimpunkan beberapa parti Melayu dan Islam untuk membincangkan agenda nasional serta berkongsi maklumat mengenai dasar kerajaan.

Antara parti yang hadir ialah UMNO, PAS, PKR, Amanah, Parti Gagasan Rakyat Sabah, Berjasa, Kongres India Muslim Malaysia dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

Berita berkaitan
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
5 jam lalu· Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026· Politik
Amanah Tegur Pemuda UMNO berhubung isu harga minyak
April 11, 2026· Politik
Khaled: Tuduhan dibuat Mahathir isu lama
April 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
1 jam lalu · Politik
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
6 jam lalu · Politik
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026 · Politik
PKR Titiwangsa cadang kuota subsidi diesel kepada pengguna persendirian
April 13, 2026 · Politik
Samsuri sahkan pengunduran Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
April 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok