Hak 40 peratus hasil Sabah akan dilaksanakan, janji PMX

November 27, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim memberi jaminan isu pemulangan 40 peratus hasil negeri kepada Sabah telah menemui jalan penyelesaian muktamad dan akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kerajaan MADANI.

Perdana Menteri menegaskan perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet dan tidak akan dipersoalkan lagi dengan memberi komitmen untuk menunaikan janji kepada rakyat Sabah.

“Kenapa persoal tentang 40 peratus? Sekarang ini, kerajaan ini menerusi Kabinet sudah bincang.

“Saya semak Kabinet, semua setuju 40 peratus? Setuju. Nak rayu (di mahkamah)? Tidak. 40 peratus selesai? Ya sudah selesai,” kata Anwar ketika berucap pada Program Grand Finale Harapan Urang Sabah di tapak parkir Stadium Likas malam tadi.

“Boleh ke begitu? Saya cakap di Parlimen selaku Perdana Menteri. Selesai. 40 peratus bukan lagi isu. Ia akan dilaksanakan. Kerajaan mana? Kerajaan sekarang. Dulu? Tak ada. Ini yang kita kena buat,” tambahnya.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan inisiatif besar Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan keupayaan digital Sabah, iaitu pembinaan kabel dasar laut bernilai RM2 bilion yang akan menghubungkan Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.

Beliau berkata projek infrastruktur tersebut akan merapatkan jurang digital antara wilayah.

Namun, Anwar menekankan kemajuan teknologi digital perlu dinikmati oleh seluruh rakyat, bukan hanya untuk segelintir golongan sahaja.

“Kemajuan teknologi digital perlu memanfaatkan rakyat dan bukan sesetengah golongan sahaja,” ujarnya.

Pengumuman ini diharap dapat memberi keyakinan bahawa tuntutan sejarah Sabah itu akhirnya akan ditunaikan, sekaligus membawa pembangunan yang lebih saksama untuk rakyat negeri ini.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
6 jam lalu· Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
2 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
7 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok