Harga petrol mingguan.
Pengguna di Semenanjung Malaysia berdepan sedikit kenaikan harga bahan api mulai hari ini, apabila harga runcit RON97 dan diesel masing-masing meningkat tiga sen seliter.
Bermula 20 November sehingga 26 November 2025, harga baharu untuk RON97 ditetapkan pada RM3.28 seliter, manakala diesel dijual pada RM3.10 seliter.
Langkah ini diumumkan oleh Kementerian Kewangan berikutan peningkatan harga minyak global.
“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga,” kata MOF dalam kenyataan.
Sementara itu, harga petrol RON95 tanpa subsidi akan dikekalkan pada harga sedia ada, RM2.65 seliter.
Malah, harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 kekal pada kadar mampu milik, RM1.99 seliter.
Bagi penduduk di Sabah, Sarawak, dan Labuan, mereka tidak terjejas dengan kenaikan harga diesel ini. Harga runcit diesel di wilayah tersebut kekal tidak berubah pada RM2.15 seliter.
Kerajaan turut memberi jaminan akan terus memantau tren harga minyak mentah dunia dari semasa ke semasa.
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
Dewan Rakyat diberitahu lebih 21,000 remaja hamil luar nikah sejak 2019
Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
Kedudukan CPI Malaysia meningkat, usaha lawan rasuah tunjuk hasil: Anwar
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen