Harga petrol RM1.99 untuk rakyat Malaysia, bukan warga asing: Laporan

July 27, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan harga petrol RON95 pada kadar subsidi RM1.99 seliter yang diumumkan baru-baru ini, khas untuk rakyat Malaysia manakala warga asing akan dikenakan harga pasaran semasa.

Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan subsidi kerajaan yang besar hanya dinikmati oleh rakyat tempatan, selaras dengan pendekatan Kerajaan Madani yang mengutamakan keadilan sosial.

“Minyak petrol RON95 untuk rakyat Malaysia, kita jual RM1.99. Tetapi, untuk warga asing dan pelancong termasuk dari Singapura, mereka akan bayar harga pasaran, RM2.50 atau RM2.60 seliter. Ini bukan diskriminasi, tetapi dasar negara berdaulat yang menjaga rakyatnya,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 di Dataran Tanjung Emas hari ini.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Julina Johan.

Anwar berkata penyasaran subsidi petrol ini dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan negara yang selama ini turut dinikmati oleh warga asing yang tidak membayar cukai atau menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara. – Bernama

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
2 jam lalu· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
2 jam lalu· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
2 jam lalu· Politik
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
2 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
9 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok