Harta keluarga Daim dan isteri dibekukan SPRM berjumlah RM758.2 juta

June 3, 2025 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas harta dan membekukan akaun keluarga Tun Daim Zainuddin dan isterinya Toh Puan Na’imah Abdul Khalid yang dianggar bernilai GB£132 juta (RM758.2 juta).

Langkah merampas dan membekukan SPRM itu dibuat bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid, membenarkan permohonan SPRM yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, untuk membekukan kesemua harta berkenaan pada prosiding secara sebelah pihak (ex-parte), hari ini.

Permohonan SPRM itu dibuat mengikut Seksyen 53 AMLATFPUAA 2001 bagi siasatan mengikut Seksyen 4(1) akta sama.

Mahadi ketika dihubungi media, hari ini, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa SPRM akan melakukan siasatan kalau bukti mencukupi serta akan memohon untuk kesemua hartanah dan akaun berkenaan dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Harta terbabit ialah sebuah bangunan komersial beralamat di St Mary Axe, London, dibeli pada Julai 2013 dengan harga GB£23.7 juta dan sebuah lagi beralamat di One Crown Court, 66 Cheapside, London, dibeli pada Oktober 2014 dengan harga GB£31.5 juta.

Hartanah lain ialah tiga kediaman mewah yang mana dua daripadanya beralamat di Bryanston Square serta Bryanston Mews, London, dibeli pada 8 Januari 2021 dengan harga GB£37.87 juta dan sebuah lagi beralamat di Lancaster Gate, London, dibeli pada 8 Januari 2021 dengan harga GB£31.15 juta.

Turut dibekukan ialah dua unit kediaman bersebelahan beralamat di Gloucester Place, London, dibeli pada 8 Januari 2021 dengan harga GB£8.095 juta, dan satu akaun bank.

Mahadi dalam afidavit sokongan melalui permohonan membekukan harta itu, menyatakan hasil siasatan yang dijalankan berpuas hati bahawa harta alih dan tidak alih itu berkaitan Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.

Beliau berkata, alasan yang menyokong dapatan itu adalah siasatan dijalankan pegawai penyiasat SPRM mengikut AMLATFPUAA 2001 terhadap harta berkenaan yang didakwa dimiliki oleh Na’imah dan keluarganya di luar negara.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pihaknya menerima maklumat terbaru daripada agensi luar yang didakwa berkaitan harta serta pemilikan aset bernilai tinggi oleh Allahyarham Daim dan keluarga.

Susulan itu, pihaknya membuka lapan kertas siasatan baharu berdasarkan maklumat berkenaan.

Azam dipetik berkata, aset berkenaan didakwa dikesan di Switzerland, United Kingdom (UK) dan beberapa negara lain.

Setakat ini, sebanyak RM2 bilion harta milik Allahyarham Daim sudah dibekukan sejak kes disiasat pada Februari 2023.

Media sebelum ini turut melaporkan SPRM bertegas untuk tetap mengambil tindakan pelucutan sebahagian hak pemilikan harta Allahyarham Daim dan keluarganya yang didakwa tidak diisytiharkan.

Azam dipetik berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak kertas siasatan akan dibuka dalam tindakan melucutkan hak harta berkenaan.

Beliau dilaporkan mengulas kenyataan peguam isteri Daim dan keluarga yang menyifatkan kenyataan Azam sebagai tidak masuk akal serta dibuat tanpa asas perundangan, susulan Ketua Pesuruhjaya itu mengesahkan SPRM sedang berusaha melucutkan hak pemilikan harta milik Daim dan keluarganya

Selain RM2 bilion harta Daim yang kini dibekukan oleh SPRM, Azam dilaporkan berkata, agensi itu percaya masih ada harta tidak diisytiharkan di luar negara membabitkan yang dimiliki ahli keluarga serta proksi Allahyarham.

Berita berkaitan
CAP: Skandal Tabung Haji perlu disiasat hingga ke akar
August 17, 2026· Isu semasa
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
August 16, 2026· Politik
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
August 16, 2026· Isu semasa
Empat bekas pengurusan kanan TH ditahan SPRM: Laporan
August 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok