Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Sebarang penyebaran dokumen yang sensitif dan diklasifikasikan rahsia kerajaan boleh diambil tindakan mengikut lunas perundangan, kata Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi tersebut mengulas berhubung tular petikan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tersebar sejak semalam yang tidak sepatutnya berlaku kerana ia melibatkan isu sulit.
“Saya tidak boleh sahkan sama ada dokumen yang tersebar itu sahih atau tidak.
“Pada masa yang sama, sekiranya ia merupakan dokumen yang sahih dan terperingkat maksudnya Akta Rahsia Rasmi terpakai. Jadi kita perlu berwaspada, terutama untuk rakan-rakan media, saya minta berhati-hati jangan sebarkan kalau suatu dokumen itu terperingkat dan di bawah Akta Rahsia Rasmi,” katanya.
Fahmi terdahulu merasmikan “IPRM Al Festival 2025, Global PR Al Strategic Communication Insights, YOU & Al: Meet @ Bangsar!” di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Angkasapuri.
Semalam, media melaporkan petikan minit mesyuarat JAC bertarikh 16 Mei 2025 telah tersebar di media sosial.
Dokumen itu didedahkan oleh laman Reddit.com
Minit tersebut dilaporkan mengandungi dakwaan yang sama dengan laporan polis yang dibocorkan sebelum ini dan dibuat bagi pihak seorang hakim kanan pada bulan Jun lalu.
Dokumen tersebut didakwa mendedahkan mengenai campur tangan dalam pelantikan hakim berikutan persaraan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.
Susulan itu, sembilan ahli parlimen PKR yang diketuai Rafizi Ramli pada minggu lalu menggesa agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) menyiasat dakwaan berkenaan.
Mengulas lanjut, Fahmi menyerahkan pihak polis menyiasat perkara tersebut.
Selain itu, beliau menjangkakan isu berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.
“Untuk siasatan, kita serah kepada pihak PDRM. Setakat ini saya tidak ada maklumat.
Kebiasaannyq, Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) sangat prihatin tentang apa-apa perkara yang berbangkit di khalayak umum, jadi ada kemungkinan akan dibincangkan,” tambahnya.
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen