Himpunan di Kepala Batas: DAP desak tindakan tegas terhadap Akmal Saleh

August 14, 2025 · Politik

DAP Pulau Pinang menjelaskan keputusan untuk tidak menghimpunkan ahli dan penyokongnya dalam protes berhubung isu pengibaran Jalur Gemilang di Kepala Batas hari ini sebagai tanda menghormati arahan pihak berkuasa.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim dalam kenyataan medianya berkata mematuhi nasihat Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, yang menyeru semua pihak mengelakkan perhimpunan di kawasan berkenaan.

“Sebagai komponen kerajaan negeri, kami menghormati sepenuhnya arahan polis dan tidak menggerakkan ahli untuk hadir.

Hanya wakil tempatan dihantar untuk mengedarkan bendera Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan, sebagai inisiatif memupuk semangat patriotik dan perpaduan,” jelas Sim.

Bagaimanapun, Sim mengecam tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh, yang didakwa mengingkari arahan polis dengan mengadakan protes di hadapan sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas petang tadi.

“Protes pimpinan Akmal jelas melanggar undang-undang dan bersifat provokatif, mengancam ketenteraman awam.

“Kami mendesak polis mengambil tindakan tegas sebagai amaran bahawa perbuatan sebegini tidak boleh dibiarkan, terutamanya ketika negara sedang menyambut Bulan Kebangsaan yang sepatutnya menyemai kesatuan,” tegas Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu.

Beliau turut memaklumkan bahawa DAP Pulau Pinang akan membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Kira-kira 50 orang yang diketuai Akmal dan disertai Ketua Armada Bersatu, Hilman Idham, berkumpul di lokasi berkenaan berikutan laporan pengibaran bendera secara terbalik oleh pemilik premis.

DAP Pulau Pinang berharap insiden ini tidak menjejaskan semangat perpaduan, khususnya ketika rakyat sedang menyambut bulan kemerdekaan.

Berita berkaitan
Bersatu teruskan perjuangan jika ahli dan pimpinan kembali sertai UMNO: Razali
2 jam lalu· Politik
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
15 jam lalu· Politik
PRN Johor dijangka hujung tahun, Amanah sedia bertanding banyak penjuru
February 10, 2026· Politik
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
February 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
2 jam lalu · Politik
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
2 jam lalu · Politik
Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat
2 jam lalu · Politik
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
3 jam lalu · Politik
Hamzah di Sydney, dijangka tak hadir lagi mengadap Lembaga Disiplin Bersatu esok
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok