Ibu model Belanda menang saman RM1.1 juta terhadap kerajaan

July 29, 2025 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bayaran ganti rugi RM1.1 juta kepada ibu model warga Belanda Ivana Esther Robert Smit, yang mayatnya ditemukan di balkoni tingkat enam sebuah kondominium, lapan tahun lepas.

Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen telah memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Pegawai Penyiasat Dang Wangi ASP Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia selaku defendan atas dakwaan melanggar kewajipan statutori dan cuai dalam siasatan berhubung punca kematian anak perempuannya.

Dalam penghakimannya, Hakim Roz Mawar Rozain memerintahkan defendan membayar RM500,000 sebagai ganti rugi am, ganti rugi teruk (RM300,000) dan ganti rugi teladan (RM300,000).

Dalam penyataan tuntutan, wanita itu berkata, anak perempuannya yang berusia 18 tahun ditemukan maut di tingkat enam Cap Square Residence di sini pada 7 Disember 2017, selepas jatuh dari tingkat 20 unit kondominium milik pasangan Amerika iaitu Alex Johnson dan Luna Almazkyzy.

Berita berkaitan
Azam Baki fail saman fitnah terhadap Albert Tei
8 jam lalu· Isu semasa
Polis gagalkan cubaan seludup dadah RM57 juta di Muar
June 6, 2026· Isu semasa
Kerajaan Perpaduan kekal kukuh walaupun BN dan PH bertanding berasingan: Fahmi
June 5, 2026· Politik
Rayuan Muhyiddin dalam kes fitnah Guan Eng didengar 18 Jun
June 4, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Seorang guru didakwa amang seksual dua murid, miliki bahan lucah
4 jam lalu · Isu semasa
Pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan: PMX
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC arah tindakan segera baiki liputan telekomunikasi di Kampung Tinagat
June 8, 2026 · Isu semasa
PMX akan kongsi visi Malaysia hadapi ketidaktentuan global semasa Forum Nikkei di Tokyo
June 8, 2026 · Isu semasa
Sebar video intim bekas suami, wanita menangis selepas didenda RM2,800
June 8, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok