Insiden tikaman di sekolah: Usul perbahasan ditolak Speaker

October 22, 2025 · Politik

Usul untuk membahaskan insiden tragik pembunuhan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama baru-baru ini ditolak.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul memaklumkan penolakan usul yang dikemukakan oleh Chong Zhemin (PH-Kampar) itu melalui notis rasmi dengan alasan perkara tersebut telah pun dijelaskan oleh Menteri Pendidikan pada 16 Oktober lalu.

“Justeru, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18(7)(b), saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar,” tegas Johari di dalam Dewan Rakyat,

Kegusaran masyarakat terhadap keselamatan pelajar di sekolah memuncak ekoran insiden berdarah yang meragut nyawa remaja berkenaan.

Mangsa yang masih berusia 16 tahun, dilaporkan maut akibat ditikam oleh seorang rakan sekolahnya. Kejadian ngeri ini telah menimbulkan persoalan besar tentang tahap kawalan disiplin dan keselamatan di institusi pendidikan.

Zhemin, yang mengemukakan usul tersebut pada 15 Oktober lalu, menyifatkan penolakan itu sebagai satu langkah yang meminggirkan kebimbangan rakyat.

Beliau sebelum ini membangkitkan pengakuan terbuka Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, yang mengakui wujudnya kegagalan dalam sistem pengurusan disiplin pelajar.

Menurut Zhemin, pengakuan tersebut membuktikan terdapat kelemahan kritikal.

Penolakan usul perbahasan ini dijangka akan terus menimbulkan reaksi dan persoalan mengenai komitmen kerajaan dalam menangani isu keselamatan pelajar yang semakin meruncing.

Berita berkaitan
Jerebu: KPM pantau situasi, maklumat penutupan sekolah ditambah baik
6 jam lalu· Isu semasa
Anwar bentang Belanjawan 2027 petang ini, kos sara hidup jadi fokus
October 9, 2026· Isu semasa
Reman suspek kes bunuh Irene Sofiya disambung enam hari
October 9, 2026· Isu semasa
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
October 8, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kes DNAA Zahid: Badan Peguam tunggu keputusan rayuan 14 Jun tahun depan
October 12, 2026 · Politik
AMK: GPS, GRS sanggup terima PM daripada PAS?
1 jam lalu · Politik
Mahfuz persoal Sanusi: Mana hasil projek mega Kedah?
6 jam lalu · Politik
Isu perkataan ‘lighad’: Lim Sian See dipanggil polis
6 jam lalu · Politik
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
October 10, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok