Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengulas isu serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol.
Fahmi Fadzil, menggesa supaya siasatan segera dijalankan berhubung serangan ke atas wartawan sukan dan Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), Haresh Deol, di Bangsar, baru-baru ini.
Menteri Komunikasi menegaskan keselamatan pengamal media ketika menjalankan tugas tidak boleh dipersoalkan dalam apa jua keadaan dan menerima makluman mengenai insiden itu ketika menghadiri satu program di Kota Kinabalu, Sabah.
“Saya telah menghubungi saudara Haresh untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian yang berlaku petang tadi.
“Haresh memaklumkan bahawa beliau baru selesai membuat laporan polis dan sedang menyelesaikan urusan laporan perubatan,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.
Menurut laporan awal, Haresh yang juga pengasas bersama portal berita TwentyTwo13, telah diserang oleh dua lelaki ketika sedang menuju ke keretanya.
Seorang lagi individu dipercayai merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit.
Insiden tersebut berlaku di Jalan Maarof berhampiran tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah, ketika mangsa sedang berjalan di kaki lima menuju ke Jalan Telawi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, mengesahkan siasatan sedang dijalankan.
“Polis sedang mengesan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Kejadian ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan wartawan dan masyarakat mengenai tahap keselamatan orang awam, terutamanya para profesional media yang sering bekerja di lapangan.
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum