‘Inspektor Sheila’ akan didakwa di mahkamah: Polis KL

November 11, 2025 · Isu semasa

Seorang anggota polis wanita yang dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ dijangka akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi berhubung tuduhan memperlekehkan seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, mengesahkan kertas siasatan kes tersebut telah dilengkapkan dan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada hari Isnin.

“Siasatan telah pun diselesaikan, dan kita akan mendakwa beliau (Inspektor Sheila) di mahkamah dalam masa terdekat,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri sambutan Deepavali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Kejadian yang membawa kepada siasatan ini berlaku pada 4 November lepas, kira-kira jam 9.30 malam.

Dalam insiden itu, wanita terbabit didakwa telah mempertikaikan dan memperlekehkan tindakan seorang anggota polis yang sedang menahan serta memeriksa seorang lelaki warganegara Pakistan yang disyaki memandu tanpa memiliki lesen yang sah.

Beliau juga dilaporkan menuduh anggota polis tersebut mengugut lelaki berkenaan.

Akibat daripada perbuatannya, anggota polis terlibat telah membuat laporan polis.

Kes ini kemudiannya disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, berkenaan perbuatan penghinaan.

Insiden ini menjadi tumpuan orang ramai setelah sebuah video yang dimuat naik oleh wanita itu sendiri tular di media sosial.

Sebelum ini, ‘Inspektor Sheila’ telahpun digantung tugas sejak 23 Jun 2023, berikutan beberapa kes lain yang melibatkannya, termasuk tuduhan menghina anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas.

Berita berkaitan
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
9 jam lalu· Politik
Gangguan seksual: Polis terima laporan baharu terhadap penceramah motivasi
October 4, 2026· Isu semasa
Anggota tentera direman lagi lima hari, bawa pistol dan peluru bersama air ketum
October 3, 2026· Isu semasa
Kes scam: Umpan untung 15 peratus, lelaki rugi RM1.15 juta
October 3, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
5 jam lalu · Isu semasa
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
5 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
5 jam lalu · Isu semasa
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
5 jam lalu · Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok