Ahmad Maslan.
Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, menggesa orang ramai agar bertenang berikutan insiden terkini pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah klinik pergigian di kawasan Parlimennya.
Dalam kenyataan di Facebook, Timbalan Menteri Kerja Raya itu memaklumkan bahawa kesilapan tersebut telah diperbetulkan dan pihak berkuasa sedang mengambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur undang-undang.
“Kesilapan ini didakwa dilakukan oleh seorang kakitangan klinik pergigian secara tidak sengaja. Doktor gigi dan pekerja terbabit telah diambil kenyataan oleh polis, manakala beberapa pihak dan NGO telah membuat laporan polis,” jelasnya.
Insiden ini merupakan kes terbaru dalam siri insiden pengibaran bendera terbalik yang semakin membimbangkan.
Sebelum ini, beberapa kes serupa telah dilaporkan di seluruh negara, termasuk insiden di Kepala Batas, Pulau Pinang pada minggu lalu yang mengakibatkan tunjuk perasaan melibatkan lebih 100 orang.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, yang terlibat dalam insiden di Kepala Batas, kini sedang disiasat dan akan didakwa di mahkamah esok di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.
Ahmad mengesahkan beliau telah berhubung dengan Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian dan akan mengadakan pertemuan di ibu pejabat polis daerah pada pukul 11.45 pagi ini bagi membincangkan langkah-langkah seterusnya.
“Ketua Polis Daerah Pontian sedang berada di Kedah atas urusan keluarga yang sakit. Saya juga telah menghubungi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian, setiausaha majlis dan pegawai daerah untuk memastikan isu ini ditangani dengan betul,” tambahnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Abd Hamid Abdul Rahaman, mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Pencegahan Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Ahmad menekankan bahawa insiden ini bukan isu perkauman tetapi melibatkan kepekaan, ketelitian dan semangat patriotisme.
“Semua kaum dan semua pihak perlu berhati-hati bila melibatkan hal-hal yang sensitif. Tugas pihak berkuasa adalah memastikan undang-undang sentiasa dipatuhi,” ujar ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.
PRN NS: Anwar harap pengundi kekalkan Aminuddin berdasarkan rekod
PRN N9: PH ikrar teruskan dasar beri manfaat kepada rakyat
Malaysia kekal tegas, tidak tunduk desakan Ahli Kongres AS: Loke
PMX: Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya kembalikan hasil pembangunan kepada rakyat
DUN Jeram Padang: Kebajikan rakyat jadi keutamaan Manivanan
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil