Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Kerajaan Perpaduan akan membincangkan bantahan rasmi UMNO berhubung penyertaan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, ke dalam PKR pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat sebelum akhir bulan ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, mengesahkan perkara itu selepas menghadiri Program Penyemarakan Seni Budaya @ Komuniti Pantai Dalam 2025 di PPR Kerinchi hari ini.
“Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Kerajaan Perpaduan sebelum sambutan Hari Kebangsaan bagi membincangkannya secara menyeluruh,” jelas Fahmi.
Bantahan UMNO ini berikutan pengesahan Tengku Zafrul sebagai ahli PKR Cabang Ampang pada 8 Ogos lalu, selepas beliau meletak jawatan sebagai ahli UMNO pada 30 Mei.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata parti tersebut sedang menyiapkan nota bantahan rasmi terhadap penyertaan bekas ahli UMNO ke dalam parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan.
“Nota bantahan ini akan disampaikan kepada semua kepimpinan parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan,” kata Zahid, sambil menegaskan isu ini telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, turut mengesahkan pendirian tersebut diputuskan dalam mesyuarat MT dan dianggap sebagai satu konvensyen yang perlu dihormati oleh semua parti komponen.
Protes terbuka UMNO ini dilihat sebagai ujian pertama terhadap kekuatan hubungan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan sejak dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
Kebebasan bersuara ada had, jangan sampai timbul kegusaran: Fahmi
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen