Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah memulakan siasatan terhadap video siaran langsung di aplikasi TikTok yang memaparkan individu memijak gambar Jalur Gemilang.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempersenda dan menghina Jalur Gemilang yang menjadi lambang kedaulatan, perpaduan serta identiti negara.
“Tindakan tegas akan diambil,” katanya menurut laporan Bernama hari ini.
Fahmi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita petang ini bagi menghadiri Asia-Pacific Telecommunity Ministerial Meeting (APT-MM) 2025 yang dijadual berlangsung dari 30 hingga 31 Mei 2025 di sini.
Menurut laporan portal berita tempatan, video siaran langsung itu didakwa distrim dari Sri Lanka serta berada dalam talian selama lebih empat jam, yang turut dipercayai menjadi medan perang siber antara pengguna di Malaysia dan Sri Lanka. – Bernama
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum