Jangan berebut jawatan PM, utamakan perpaduan Melayu: Dr Mahathir

September 17, 2025 · Politik

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan semua pihak agar mengutamakan perpaduan bangsa Melayu berbanding berebut-rebut untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri (PM) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Dr Mahathir berkata peluang untuk seseorang menjadi PM sepenuhnya bergantung kepada keputusan PRU, mana-mana parti atau gabungan perlu memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.

“Calon tidak akan jadi perdana menteri jika partinya tidak menang 112 kerusi.

“Untuk menang, partinya perlu letak lebih daripada 112 kerusi. Parti lain pun akan letak calon melawan partinya. Tidak mungkin partinya menang 112 kerusi.

“Tak usahlah berebut-rebut nak jadi calon perdana menteri. Sebaliknya berusahalah untuk Melayu bersatu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Ujarnya lagi, isu pemilihan calon PM sepatutnya dibincangkan hanya selepas kemenangan dalam pilihan raya dicapai.

Beliau menekankan perpaduan Melayu adalah langkah pertama yang lebih penting sebelum memikirkan tentang calon.

“Hanya jika Melayu bersatu sahaja barulah kemenangan boleh dicapai. Setelah menang barulah pilihan perdana menteri dibuat. Semua yang berbakat boleh bertanding untuk jadi perdana menteri,” tegas Dr Mahathir.

Kenyataan itu dilihat sebagai satu teguran berikutan beberapa parti dalam blok pembangkang telah mula menyuarakan calon masing-masing bagi jawatan PM, termasuklah dari Bersatu dan PAS.

Berita berkaitan
Bersatu teruskan perjuangan jika ahli dan pimpinan kembali sertai UMNO: Razali
3 jam lalu· Politik
Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat
3 jam lalu· Politik
Hamzah di Sydney, dijangka tak hadir lagi mengadap Lembaga Disiplin Bersatu esok
5 jam lalu· Politik
PAS jarakkan diri daripada masalah dalaman Bersatu: Laporan
February 10, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
2 jam lalu · Politik
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
2 jam lalu · Politik
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
3 jam lalu · Politik
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
15 jam lalu · Politik
Najib tahu akaun sendiri, guna untuk tulis cek: Saksi
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok