Jangan salahkan Fahmi, sistem komunikasi kerajaan yang lama perlu berubah: Tian Chua

September 1, 2026 · Politik

Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua menyifatkan pendekatan komunikasi kerajaan ketika ini sudah tidak lagi sesuai dengan perkembangan semasa.

Menurutnya, komunikasi kerajaan tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada Menteri Komunikasi atau ketua penerangan melalui pendekatan berpusat.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan dan parti, khususnya PKR, perlu menggerakkan seluruh kekuatan, tenaga serta kreativiti untuk memastikan mesej dapat disampaikan terus kepada rakyat.

“Yang penting bagaimana kita gunakan kuasa, tenaga, kreativiti seluruh parti dan juga pergerakan yang sehaluan dengan idea-idea Keadilan ini untuk menyampaikan mesej.

“Saya rasa itu kekurangan sekarang kerana kita masih guna format lama, bergantung kepada Menteri Komunikasi,” katanya semasa dalam podcast ‘The Tiger Show Podcast’, susulan persoalan mengenai kritikan terhadap kelemahan komunikasi kerajaan yang semakin mendapat perhatian.

Chua yang juga bekas Ahli Parlimen Batu berkata, kelemahan berkenaan tidak wajar diletakkan sepenuhnya di bahu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kerana beliau hanya menjalankan tanggungjawab dalam struktur sedia ada.

“Saya tak salahkan Menteri Komunikasi kerana dia hanya jalankan tugas tetapi keseluruhan komunikasi harus berubah,” katanya.

Isu komunikasi kerajaan sebelum ini turut menjadi perhatian apabila Fahmi memohon maaf ketika Kongres PKR baru-baru ini berhubung kelemahan penyampaian maklumat kepada rakyat.

Fahmi mengakui terdapat maklumat dan mesej kerajaan yang tidak sampai dengan baik kepada masyarakat, sekali gus menimbulkan persepsi negatif terhadap pentadbiran.

Chua berpandangan keadaan itu menunjukkan keperluan untuk kerajaan menilai semula kaedah komunikasi yang digunakan, terutama ketika landskap media berubah dengan pantas dan rakyat memperoleh maklumat daripada pelbagai platform.

Beliau menegaskan komunikasi tidak lagi boleh dianggap sebagai tugas satu kementerian atau individu semata-mata, sebaliknya perlu menjadi usaha bersama yang melibatkan parti, pemimpin dan rangkaian pendukung kerajaan.

“Keseluruhan komunikasi harus berubah,” katanya.

Berita berkaitan
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
4 jam lalu· Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
9 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: RM130 juta perkasa industri kreatif
October 9, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
9 jam lalu · Politik
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
9 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
14 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
16 jam lalu · Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok