JAWI sudah rakam percakapan sekumpulan lelaki ditahan di sauna songsang

December 2, 2025 · Isu semasa

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengambil keterangan dan merakam percakapan beberapa lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti songsang di sebuah kelab kesihatan di ibu negara pada Jumaat lepas.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, individu terbabit telah dipanggil ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI untuk membantu siasatan lanjut.

“JAWI telah selesai mengadakan siasatan terhadap individu yang disyaki bagi tujuan siasatan berkaitan Seksyen 25 (Liwat), Seksyen 29 (Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam) dan Seksyen 47 (Percubaan) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah rakaman percakapan tersebut dijalankan mengikut prosedur di bawah Akta Tatacara Jenayah Syariah.

“OYDS telah hadir dan memberikan kerjasama yang baik ketika sesi rakaman percakapan diadakan,” katanya.

Siasatan kini memasuki fasa seterusnya dengan rakaman percakapan saksi yang akan dijalankan dalam masa terdekat bagi mengukuhkan bukti.

Mohd Na’im turut menyeru semua pihak agar tidak memandang ringan isu keruntuhan moral ini.

“Isu ini jika dibiarkan mampu menghancurkan jati diri generasi akan datang serta mencemarkan maruah negara,” tegasnya.

Beliau juga menekankan peranan institusi dakwah untuk mempergiat penerangan mengenai kefahaman Islam yang sebenar.

Serbuan pada Jumaat lepas menyaksikan 208 individu ditahan, termasuk 17 penjawat awam, dengan pelbagai barangan berkaitan kegiatan tidak bermoral dirampas.

Berita berkaitan
Isu jenaka paderi, Noorazli mahu berdamai dan ikhlas mohon maaf
September 15, 2026· Politik
Agama bukan bahan jenaka politik: Sheikh Umar
September 15, 2026· Politik
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
September 6, 2026· Isu semasa
Kerajaan tolak tayangan drama ‘Madu atau Racun’, bercanggah ajaran Islam
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
October 12, 2026 · Isu semasa
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
October 12, 2026 · Isu semasa
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
October 12, 2026 · Isu semasa
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
October 12, 2026 · Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok