JPP PKR sanggah dakwaan ‘gagal’ yang dibuat Rafizi

May 17, 2025 · Politik

Jawatankuasa Pemilihan (JPP) tampil menyanggah dakwaan dibuat oleh Rafizi Ramli kononnya gagal dalam mengendalikan pemilihan parti tersebut.

Pengerusi JPP PKR, Dr Zaliha Mustafa menyifatkan dakwaan Rafizi itu sebagai tidak berasas memandangkan setiap proses dan perjalanan pilihan raya parti sentiasa dipantau secara teliti, malah tiada aduan yang tidak dilayan sepanjang berlangsung pemilihan kali ini.

“Saya sudah nyatakan sebelum ini banyak aduan yang kita terima dan kita teliti satu per satu.

“Kita terima lebih 280 aduan daripada pelbagai peringkat termasuk di peringkat pencalonan, kemudian di peringkat kempen dan seterusnya keputusan peringkat cabang.

“Jadi, saya menafikanlah kita tidak memberi perhatian Memang sekarang kita sedang memberi perhatian, ada sebahagian yang sudah pun diambil tindakan,” katanya dipetik laporan Harian Metro.

Zaliha bercakap kepada media selepas merasmikan Hari Belia Negara 2025 peringkat Wilayah Persekutuan di Lanai@Matic hari ini.

Terdahulu, Rafizi dalam siaran langsung audio siar Yang Bakar Menteri mendakwa, Zaliha gagal menyelesaikan aduan berhubung dakwaan kepincangan yang wujud di dalam pemilihan peringkat cabang.

“Kalau JPP dan Zaliha nak marah, marahlah. Tetapi itu tanggungjawab mereka untuk mendengar aduan dan bertindak secara bebas.

“Bantahan sampai ratusan pun tidak dijawab. Apabila tanya, JPP buat tak tahu. Pengerusi JPP sepatutnya teliti setiap aduan, panggil pihak terlibat, semak bukti dan tapis sebaik mungkin,” kata Menteri Ekonomi itu.

Mengulas lanjut Zaliha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkata, JPP menerima sebanyak 251 pencalonan bagi semua termasuklah di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita.

Berita berkaitan
Bersatu teruskan perjuangan jika ahli dan pimpinan kembali sertai UMNO: Razali
3 jam lalu· Politik
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
3 jam lalu· Politik
Farhash nafi dakwaan Rafizi ada kaitan dalam urus niaga bos SPRM: Laporan
24 jam lalu· Isu semasa
PKR bukan parti untuk yang merengek atau merungut: Anwar
February 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
3 jam lalu · Politik
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
3 jam lalu · Politik
Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat
3 jam lalu · Politik
Hamzah di Sydney, dijangka tak hadir lagi mengadap Lembaga Disiplin Bersatu esok
6 jam lalu · Politik
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok