Kadar inflasi terendah direkod pada Mei 2025 hanya 1.2 peratus: DOSM

June 24, 2025 · Isu semasa

Laporan terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kadar inflasi berada pada 1.2 peratus pada Mei 2025, paras terendah dalam tempoh 51 bulan dengan mata indeks mencatatkan 134.4 berbanding 132.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya,

DOSM berkata, penurunan inflasi direkod juga selari dengan inflasi bagi negara-negara terpilih yang turut mencatatkan peningkatan lebih perlahan pada bulan lalu seperti Zon Euro (1.9 peratus), Korea Selatan (1.9 peratus), Indonesia (1.6 peratus) dan Filipina (1.3 peratus), ekoran penurunan harga minyak dunia.

Sektor perlombongan merupakan penyumbang utama kepada penurunan ini iaitu -17.8 peratus, disebabkan oleh penurunan dalam pengekstrakan petroleum mentah (-19.8 peratus).

Sementara itu, kumpulan makanan dan minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat perlahan 2.1 peratus pada Mei 2025.

Ini didorong oleh subkumpulan makanan di rumah yang tidak merekodkan sebarang peningkatan pada Mei 2025 berbanding April 2025 yang meningkat 0.5 peratus.

Meskipun begitu, subkumpulan makanan di luar rumah menunjukkan peningkatan lebih tinggi, 4.4 peratus berbanding 4.3 peratus pada bulan sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata 59.7 peratus item (342 daripada 573) merekodkan kenaikan harga.

Namun begitu, katanya daripada jumlah itu, 330 item (96.5 peratus) mencatatkan peningkatan kurang atau sama dengan 10 peratus, manakala 12 item merekodkan kenaikan melebihi 10 peratus pada bulan lalu.

“Sementara itu, 180 item (31.4 peratus) menunjukkan penurunan dan 51 item kekal tidak berubah, dan sedikit sebanyak mengekang inflasi daripada terus meningkat lebih tinggi,” katanya lapor BH pada Selasa.

Inflasi bagi kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain pula meningkat perlahan 1.7 peratus pada Mei 2025 berbanding 2.0 peratus pada April 2025.

Ini didorong oleh subkumpulan sewa sebenar untuk kediaman dan bekalan air dan pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan rumah kediaman dengan masing-masing meningkat perlahan kepada 1.9 peratus dan 0.5 peratus.

Penyelenggaraan, pembaikan dan keselamatan rumah kediaman pula mencatatkan peningkatan lebih tinggi pada 4.9 peratus.

Sementara itu, kumpulan kesihatan meningkat pada kadar lebih tinggi 1.1 peratus pada Mei 2025 berbanding 0.9 peratus pada bulan sebelumnya, disumbangkan oleh peningkatan bagi subkumpulan perkhidmatan penjagaan pesakit luar kepada 2.9 peratus, perkhidmatan penjagaan pesakit dalam hospital (1.7 peratus) serta ubat-ubatan dan produk kesihatan (0.6 peratus).

Selain itu, inflasi pengangkutan kekal meningkat 0.7 peratus bagi tempoh empat bulan berturut-turut.

Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, harga bahan api diesel pada Mei 2025 mencatatkan peningkatan perlahan 12.4 peratus.

Purata harga diesel di Semenanjung Malaysia adalah RM2.81 seliter berbanding RM2.15 seliter pada Mei 2024 dan RM2.95 pada April 2025.

Manakala, harga petrol tanpa plumbum RON97 masih kekal pada jajaran negatif -10.4 peratus. Purata harga RON97 pada Mei 2025 ialah RM3.11 seliter berbanding RM3.47 seliter pada Mei 2024 dan RM3.25 pada April 2025.

Berita berkaitan
Harga petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen
September 2, 2026· Isu semasa
BUDI MADANI: Had subsidi naik 300 liter mulai esok
August 31, 2026· Isu semasa
Kuota BUDI95 kembali 300 liter mulai 1 September
August 30, 2026· Isu semasa
Pulau Pinang, Johor dan Selangor pacu dagangan negara: DOSM
August 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
3 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
20 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
20 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok