Kalau boleh mereka sertai semula, PMX ulas peletakan jawatan dua menteri

June 12, 2025 · Politik

Dua menteri yang meletak jawatan sebelum ini diharap dapat membuat pertimbangan semula dan kembali menyertai barisan Kabinet, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata walaupun sudah menerima surat peletakan jawatan dan meluluskan permohonan cuti Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, jauh di sudut hatinya berharap mereka berdua dapat menyertai semula berada dalam kerajaan.

” … biar mereka berfikir …. Saya kalau boleh (mahu) mereka sertai semula (Kabinet). Surat (peletakan jawatan) sudah diterima, tetapi saya belum terima (luluskan) peletakan jawatan mereka,” katanya dipetik lapor Bernama hari ini.

Anwar berkata demikian selepas menghadiri seminar pemerkasaan organisasi dan satu mesyuarat tertutup bersama kepimpinan PKR hari ini.

Beliau juga memberikan mereka masa untuk memikirkan secara masak-masak sebelum melepaskan kedudukan mereka dalam Kabinet.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah dua Naib Presiden PKR – Amirudin Shari dan R Ramanan, Setiausaha Agung Fuziah Salleh, Ketua Wanita Fadhlina Sidek, Ketua Angkatan Muda Kamil Abdul Munim, serta Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar Akin.

Untuk rekod, pada 28 Mei lalu, Rafizi dan Nik Nazmi telah meletakkan jawatan sebagai menteri selepas tewas dalam pemilihan parti PKR.

Semasa seminar itu, Anwar turut menggesa para ahli PKR agar merapatkan barisan dan menyembuhkan perpecahan dalaman susulan pemilihan parti yang berlangsung bulan lalu.

Beliau turut menekankan keperluan untuk bersatu dan menunjukkan kematangan demi misi besar parti.

“Bayangkan saya boleh bekerjasama dengan UMNO, siap peluk-peluk.

“(Ahli parti) kena move on untuk agenda lebih besar. Kalau saya boleh bekerjasama dengan UMNO, takkanlah saya tak boleh bekerjasama dengan kawan-kawan yang berbeza pendapat,” katanya.

Berita berkaitan
AMK: GPS, GRS sanggup terima PM daripada PAS?
October 12, 2026· Politik
Belanjawan 2027: Bantuan RM80 bilion lindungi kuasa beli rakyat
5 jam lalu· Isu semasa
Isu perkataan ‘lighad’: Lim Sian See dipanggil polis
5 jam lalu· Politik
Anwar gesa belia lawan rasuah dan ketidakadilan
5 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Mahfuz persoal Sanusi: Mana hasil projek mega Kedah?
5 jam lalu · Politik
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
October 10, 2026 · Politik
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
October 10, 2026 · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
October 10, 2026 · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
October 10, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok