Kamu kena bertanggungjawab jika kerajaan tumbang, kata Hasan kepada 9 MP PKR

July 8, 2025 · Politik

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memberi amaran kepada sembilan Ahli Parlimen (MP) PKR supaya bertanggungjawab sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tumbang.

Veteran PKR itu mengulas berhubung kenyataan bersama beberapa MP PKR semasa sidang media dengan bekas menteri, Rafizi Ramli yang mendesak supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) melibatkan isu pelantikan badan kehakiman negara.

Hassan mendakwa, tuntutan RCI itu secara tersirat mendedahkan mereka tersebut sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri dan yang juga Presiden PKR.

“Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang banyak kuasa diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dalam hal perlantikan hakim kini menjadi seorang suspek yang tidak dapat lari jika RCI ditubuhkan.

“Sebagai suspek utama Anwar mesti disiasat oleh RCI. Ini adalah implikasi dari tuntutan 9 MP Keadilan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, RCI hanya boleh dibentuk jika Anwar dan Kabinetnya bersetuju.

“9 MP PKR tersebut meletakkan Presiden PKR sendiri dalam bahaya. Apa yang 9 MP PKR itu lakukan sekarang seperti meletakkan tengkok Anwar Ibrahim di bawah guillotine seperti dalam Revolusi Perancis,” tambahnya.

Hassan mengakui walaupun isu kehakiman yang dibangkitkan ini adalah sah dan bermerit malah dilihat progresif serta popular dalam kalangan rakyat, tetapi ada risiko besar.

“Persoalannya, adakah sembilan Ahli Parlimen ini bersedia menghadapi kejatuhan Anwar akibat tuntutan RCI ini?

“Jika jawapannya ya, maka jelas berlaku ‘pemberontakan dalaman’ dalam PKR sendiri,” tegasnya.

Hassan turut menambah, biarpun tindakan sembilan backbencher kerajaan ini dilihat sebagai contoh baik dalam demokrasi berparlimen tetapi dari segi politik parti, ia adalah penentangan dalaman secara langsung terhadap Anwar yang mana ia tidak pernah berlaku dalam sejarah PKR.

“Saya bimbang Anwar berada dalam keadaan bertahan manakala Kerajaan Madani pula dilihat semakin lemah dan hilang integriti berikutan isu kehakiman ini.

“Adakah mereka memikirkan kepentingan jangka panjang negara dan rakyat, mempertahankan cita-cita reformasi sebenar, serta mengutamakan perjuangan politik PKR dan tidak hanya sekadar kepentingan politik peribadi Anwar.

“Jika jawapan kepada persoalan itu adalah ya, maka tindakan mereka merupakan cabaran paling serius, sengit dan berani terhadap kepimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti,” katanya.

Jelasnya, tindakan ini juga jelas menunjukkan ramai pemimpin PKR terutamanya MP mereka sudah hilang sabar dan kepercayaan, mungkin kerana melihat kerajaan ini telah melakukan banyak kompromi sehingga kelihatan hipokrasi.

“Apabila Anwar pulang dari lawatan luar negara, tugas utama beliau adalah untuk menangani tuntutan RCI dengan bijaksana.

“Penentangan backbencher dalam isu kehakiman ini bukanlah isu kecil, sebaliknya amat serius.

“Anwar sedang berhadapan dengan suasana seperti buku bertemu ruas di dalam partinya sendiri,” katanya.

Berita berkaitan
Malaysia, India mahu perkukuh kerjasama strategik: Anwar
February 8, 2026· Isu semasa
Internet laju saja tak cukup, mesti selamat juga: Fahmi
February 8, 2026· Isu semasa
PKR bukan parti untuk yang merengek atau merungut: Anwar
February 7, 2026· Politik
Kes fitnah kaitkan Ismail Sabri dengan serangan anak Rafizi diklasifikasikan NFA: KDN
February 5, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Lantikan Muhyiddin sebagai Presiden dibuat secara sah, Danny Rais jawab Khalid Mehtab
2 jam lalu · Politik
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
5 jam lalu · Politik
Kes Akta Hasutan Muhyiddin: Empat persoalan dikembali ke Mahkamah Tinggi untuk diputuskan
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin diyakini mampu pimpin Bersatu harungi krisis: Sanjeevan
8 jam lalu · Politik
Hamzah dipanggil jawab isu disiplin parti, bakal dipecat Bersatu?
February 8, 2026 · Politik
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok