Kegusaran ibu bapa anak terjebak ‘PK Battle’, MCMC panggil TikTok beri penjelasan

June 30, 2025 · Isu semasa

Pengurusan TikTok akan dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menjelaskan isu tren ‘PK Battle’ atas platform itu ekoran kegusaran kalangan ibu bapa.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata terdapat aduan daripada ibu bapa mengenai pertarungan itu yang menyebabkan anak mereka berbelanja untuk membeli ‘hadiah’ dalam aplikasi berkenaan.

“Ini (PK Battle) menjadi satu masalah yang dilaporkan oleh media dan kami (Kementerian Komunikasi) pandang secara serius memandangkan TikTok dilesenkan, maka mereka perlu tampil untuk memberi penjelasan dan menyatakan apa langkah yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah ini.

“Oleh sebab itu juga mengapa pihak kerajaan, khususnya Kementerian Komunikasi (sebelum ini) menegaskan anak-anak berusia bawah 13 tahun tidak boleh memiliki akaun TikTok, Instagram dan mana-mana (platform) media sosial yang lain.

“Ia kerana tidak mustahil (anak di bawah umur) mudah untuk mereka mengikuti dan lebih kurang mengikuti trend seperti ‘PK Battle’ tanpa mereka benar-benar memahami kesan kepada diri mereka,” katanya semasa ditemui media meninjau pelaksanaan pengukuran kualiti perkhidmatan menggunakan aplikasi MCMC NEXUS merangkumi laluan dari Pusat Konvensyen PICCA Butterworth ke NADI Kubang Semang hari ini.

Katanya, apatah lagi TikTok adalah platform yang diberikan lesen untuk beroperasi di Malaysia yang sepatutnya pihak itu mempunyai langkah bagi menangani masalah yang timbul.

Sebelum ini, sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 28 Mei lalu bagi menuntut penggunaan ciri PK Battle di aplikasi TikTok diharamkan dalam negara.

Mereka juga mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC supaya segera mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti ‘PK Battle’ yang dilihat sebagai bom jangka sosial negara.

Tambahan pula, aktiviti itu dikatakan bukan sahaja membuang masa, malah mendorong kepada perbuatan tidak bermoral seperti buli, peras ugut, eksploitasi seksual, serta pencabulan batas etika secara terbuka di media sosial.

Fahmi berkata, satu sesi libat urus perbincangan berhubung isu itu antara MCMC dengan pihak TikTok akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Arahan (lakukan perbincangan) dikeluarkan pagi tadi dan saya jangka mungkin dalam minggu ini, mereka (pihak TikTok) akan datang,” katanya.

Berita berkaitan
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
5 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
8 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
10 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
10 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
10 jam lalu · Isu semasa
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
August 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok